Cak cak ... Foto: Lensahasrul |
Salam semua bloggers.
Malam-malam ni buat apa? Layan movie ke? Hmmm ... anak-anak saya semua dah bongkang dah termasuklah si kecik - Maira. Tengah cari idea untuk entri tengah malam. Dan rasanya .. dah penat korang belasah kerja selama seminggu ni, baik saya sajikan dengan kisah yang best untuk rawat luka2 yang ada. Kasik senyum di hujung duka .. boleh?
Nak kasik motivasi .. tak reti dan tak layak. Nak beri nasihat agama, terlalu sikit ilmu yang ada, sesekali boleh, kalau selalu .. saya kena cari tok guru - soal agama kena ada guru .. mana leh main baca buku semata.. ye tak?
Oklah. Dah dah .. meh layan citer ni yang saya ambil dari laman komuniti VF.
Satu Hari di KLCC
Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ke tandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!
Adehh .. tu lah .. dah jadi tebiat suka nyampuk .. ginilah jadinya. Sampai dalam jamban pun nak nyampuk kata orang... kan .. hahahaha...
hahahaha...lawak tul lah hasrul ni
ReplyDeleteadess!! xmo gelak xbaikk..tapi kan harus gelakk orwww!! ada ke camtu..gelak jahat jappp..muahahhahahahaaa..!! xtahan tol...camane lar leh sampuk menyampuk lam dalam toilet...haahaa..lawak3!!
ReplyDeletehi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.