Risau bila ada rahsia besar yang tersimpan. Foto: Lensahasrul |
Salam semua bloggers.
Kadangkala tak leh expect bahwa pasangan kita mungkin ada rahsia yang kita tak ketahui. Kalau resia biasa2 tu oklah .. bagaimana kalau dia sebenarnya bomoh ilmu hitam? Bagaimana pula pekerjaan pasangan anda sebenarnya adalah agen perisik rahsia. Uhh .. takutttt kan?
Lagi-lagi dan bertambah takut bila kita tahu lak rahsia tu (yang ngeri2 tu) time tengah bergaduh sebab terlebih garam dlm kari ....camna?
Hmm dah dah .. jangan gusarkan diri dengan perkara camni... meh layan citer lawak cedok2 dari email lama saya. Layannn....
Sumpah Wahid kepada Minah
Rumahtangga Wahid dan Minah selalu mengalami krisis... tidak kira siang atau malam mereka akan bertengkar..Setiap pertengkaran itu pastinya menganggu jirang tetangga...
"Kalau aku mati... aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah didepanku untuk keluar mencekik engkau.." terdengar pekikan si Wahid...
Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya...
Beberapa hari berlalu... . Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari... Walaupun benci, tapi sebagai isteri... Minah telah menguruskan pengebumian suaminya dengan baik..
Seminggu selepas itu.. Jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak !" jawab Minah. "Biarkan saja dia mengorek tanah... .Aku dah tanam dia mengadap kebawah..!!!"
**p.s: Gambar tu bukan pasangan Wahid dan Minah ehhh ... :)
HAHAHH . maksudnya dia lebih menggali ke dalam tanah . dan takkan mengorek tanah . HAHAHA . lawak .
BalasPadamhahaha.. macam tu pulak.
BalasPadammula2 takut gak..pastu gelihati lak
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.