Elok je saya habis buat satu entri .... dalam jam 9.30 malam tadi (28 Mac), tetiba gelap ... gelap semua. Uhh laa .. blackout la pulak .. satu taman saya gelap gelita. Saya pun capai emergency light yang memang ada kat umah. Sib baik saya dah siap charge. Terang skit. Anak-anak wife saya dah angkut naik .... masuk bilik tidur. Saya cari lilin, buat ganti .. takut nanti emergency light saya habis bateri.
Saya telefon kawan-kawan di taman-taman berhampiran .... hmm .... cuba dapatkan kepastian seluas mana blackout ni ... sib baik bukan 1Malaysia. So, dah dapat kepastian kawasan mana yang dok bergelap, saya pun telefon aduan TNB 15454.
TNB Memang Cekap
TNB 15454, engaged .... kali kedua ... dapat dan diberitahu giliran saya no 11, saya letak telefon. Saya try SMS no tu ... hmm cam tak sampai je aduan SMS saya tu, jadi saya call balik .... kali ni ambik layanan dalam bahasa inggeris ... uhh dapat.
"Saya nak buat aduan bekalan terputus kat taman saya" kata saya.
"Alamat encik adalah .... .... ....? " kata penyambut aduan saya.
"Ya betul" mengiyakan pertanyaannya.
"Baiklah, kami akan hantar juruteknik kami untuk periksa dalam 1-2 jam" balasnya.
"Ok, terima kasih"
"Terima kasih kerana menelefon talian aduan TNB" sambut mesra olehnya.
1-2 jam, hmm normal .. memang begitu, kalau bekalan eletrik terputus, selalunya akan ambik masa 1-2 jam baru kembali pulih. Saya memang dah tahu so saya tidaklah berasa begitu terkejut. Bukan mudah nak cari apa yang menjadi penyebab kegelapan malam ... lagi2 time hujan ribut ni.
Tunggu... dan tunggu. Saya agak keadaan akan pulih jam 12.00 tengah malam.
Saya tabik dengan TNB yang tangkas menyelesaikan masalah. Actually, ini bukan kali pertama saya buat aduan bila blackout, malah setiap kali blackout atau ada lampu jalan yang rosak, saya akan buat aduan. Dah disediakan tempat nak mengadu .. so saya adu ler .. tak gitu? Buat apa dah disediakan kemudahan tapi tak mahu guna.
Syabas kepada TNB sebab menyediakan perkhidmatan yang baik buat rakyat Malaysia.
wah!!
ReplyDeletepantas dan cekap!!
sini selalu blackout after 12 tgh malam..
adess!!
de org curi kabel..
so bergelap ler sampai pagi ditemani sang nyamuk!!
ades!!
salam singgah dari mummy weiyda❤
keep it up blogging ya dear❤
(◕‿◕✿)
hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.