Hasif Amri dan kawan-kawan. Foto: Lensahasrul |
As-Salam.
Kita hidup bemasyarakat, dan dalam masyarakat tu bukan terdiri dari satu kaum sahaja. Ada cina, india dan bangsa-bangsa lain. Kita perlu sentiasa berharmoni, sebab dengan demikian barulah kita akan sentiasa respect sesasam sendiri. Untuk hidup dengan aman, kita perlu menjadikan diri kita satu aset dalam masyarakat setempat. Jangan jadi pembenci dan jangan jadi batu api.
Kehidupan bermasyarakat di Malaysia adalah unik sebab kita masih boleh berkongsi dalam banyak perkara. Walaupun kita berbeza warna, berbeza bahasa dan budaya .. tetapi kita mengamalkan nilai-nilai murni yang sama.
Dan sebagai umat Islam, kita telah pun diberikan panduan bagaimana untuk hidup bermasyarakat. Sapa kata umat Islam inginkan peperangan? Dalam konsep kehidupan bermasyarakat menurut Islam, kita diberikan sebab, kenapa perlunya hidup dalam ikatan harmoni dan saling menghormati ini.
Persaudaraan, kemasyarakatan dalam Islam disebut sebagai menjalinkan ukhwah. Dan mengapa ia perlu dipraktikkan? Di sini diberikan 10 keutamaan menjalinkan ukhwah .... ciri penting yang harus kita tahu terutama umat Islam akan peri pentingnya kehidupan bermasyarakat yang sihat.
10 Keutamaan Menjalinkan Ukhwah
- Mendapatkan keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah begitu juga penduduk di langit.
- Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah.
- Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.
- Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
- Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.
- Allah dapat melanjutkan usianya.
- Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
- Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.
- Dapat menggimbirakan jenazah yang berada di alam barzah.
- Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.
nice entry bro..harap sama2 kita kuatkan ukhwah sesama umat Islam~ :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.