As-Salam.
Dah tempah blog masuk ke dalam bloglist blog lain? Bagus ... ia merupakan satu langkah untuk blog anda mula melebarkan sayap .... ada sayap ehh? Bila kita berjaya menempatkan blog kita ke dalam bloglist orang lain, perkara utama yang perlu anda tahu ialah memastikan blog anda sentiasa menyerlah.
Bagaimana nak serlahkan blog dalam bloglist orang lain?
- Sentiasa update blog dan entri anda. Buat sela masa tertentu, seperti sejam, dua jam, ataupun buat 2-3 entri sehari. Lihat sahaja yang dilakukan Ben Ashaari. Ramai yang meletakkan blog Ben Ashaari dalam bloglist mereka ... dan tengok berapa ramai yang secara serentak online di blognya setiap kali dia buat satu-satu entri. Entrinya dibuat dalam sela masa paling cepat, sejam satu entri .... itu sebab blog dia sentiasa duduk atas dalam bloglist orang lain.
- Buat tajuk yang boleh buat orang klik ke entri anda. Bila tajuk anda kababommm dan mengiurkan... orang akan pasti klik. Dah buat tajuk yang sentiasa orang cari ... maka senang2 je anda akan menyerlah dalam bloglist orang lain.
- Sesetengah blog menyenaraikan blogroll/bloglist mereka ikut susunan abjab, jadi nama blog anda harus bermula dengan awalan yang membolehkan ia sentiasa berada di atas. Macam blog ini .. Bangku Kosong ... start huruf B ... tak terlalu atas, dan tak ke bawah .. elok2 je berada di tgh2. So itu sebab walaupun alamat url blog ini adalah hasrulhassan.blogspot.com ... tetapi saya namakan ia Bangku Kosong. Faham tak nih?
- Ada blog yang menyenaraikan blog-blog dalam bloglist ikut sapa ada update terbaru ..dia akan duduk atas sekali. So, pastikan anda sentiasa update supaya blog anda lebih menyerlah.
- Ada blog yang membolehkan blog2 yang ada dalam bloglist menyiarkan gambar atau pendahuluan (snippet), jadi letak gambar yang boleh menarik perhatian dalam entri anda, pasti akan ada yang klik.
Itulah antara lain yang boleh saya berikan berdasarkan pengalaman saya dalam berblogging ini. Saya tengok dan dah nampak keberkesanannya .. terpulang buat anda untuk mengambil petua-petua ini.
tips yg bguba, tqvm!!
ReplyDeleteerm. tips semua okay. tapi ada stu tu ttg alphabet, klu boleh nk edit sikit. boleh ke tuan rumah?
ReplyDeleteerm, klu kita ownerblog list set alphabet, blog kita takkan naik wlupun post baru kita dah up. sbb widget tu still akan rankkan bloglist guna alphabet.
betul atau salah?
kalau salah tlg betulkan~ =)
yang sharing + nak tanya,
Fahmimahat
@Fahmi Mahat Betul, itu sebab kat atas tu saya ada berikan, JIKA ...sebab bukan semua blogger yang akan buat blogroll/bloglist ikut sapa update dia naik. Dia letak dalam blogroll tu cuma dia pilih susun ikut alphabet, jadi caranya ialah ..... ambil 2-2 sekali, buat nama blog dengan huruf awalan, dan update sentiasa - so dua2 kita dapat. Kan kan ...
ReplyDeletemenarik in.thank for info.
ReplyDeleteHee hee, samalah kita...huruf nama blog start dengan 'B'.
ReplyDeleteMine is BabyIntan ;)
*BTW, nice tips!
Latest 3 entries:
Arissa Di Cium Kucing Biru!
Wordless Wednesday-Part 6!
Lapan Kali Di Bius!
wah ! terima kasih utk tips ini ^^
ReplyDeletesudah follow. jgn lupa follow balik :)
http://naddy-thestoryteller.blogspot.com/
tips update slalu utk pastikan blog kita berada di atas tu mmg btol dan sgt berguna :)
ReplyDeletetrima kasih bro.... tips dan panduan yang berguna (www.blogkita-blog.blogspot)
ReplyDeletesalam.. nak tanyer... sy dah update blog saya.. tapi kenapa bloglist tu tak naik pun menunjukkan sy br post... still 8 bulan gak... walapun tiap2 minggu sy update.. aper masalahnya ye.. leh tolong tak.. tq
ReplyDeleteAssalammualikum....HH,
ReplyDeleteTerima kasih bro... mselim3 datang sini melalui engin carian google...
HH mselim3 nak tanya, mselim3 sentiasa pantau senarai bloglist mselim3,,ada member dok kat atas aje dalam bloglist tp tajuk entry sama aje... mselim3 mohon pencerahan...
mselim3
Assalammualikum...HH,
ReplyDeletemselim3 nak tanya sikit.. naper ader jugak orang x updates selalu entry dan x ikut abjad macam HH cakap tu... tp sentiasa berada di atas macam mana tu...
mselim3
Sebb dia ubah tarikh dan masa publish.
Deletetips yang menarik
ReplyDeleteNama blog start dengan abjad 'R'.. Makanya memang terkebawah la.. Satu2nya caraskrg ni kena kerap lagi update entri terbaru.. Baiklah! ^^,
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.