Saya fikir, entri ini pasti akan menampilkan ramai pembaca perempuan .. sebab perempuan je yang suka tengok handbag ni .. lelaki? Ada yang suka tak? Hmm tapi mungkin nak tahu taste pompuan camner .. leh la jenguk juga entri ni. Mana tahu dari komen2 yang anda tu leh ada hint2 skit apa yang pompuan nak ... ala ..handbag .. bukan suh beli kereta porsche ke .. beli umah ke ... handbag je .. hehehehe (sambil tutup2 mulut dan misai .. :P).
5 Designer Handbag Paling Mahal
Handbag dedulu lebih berkonsep praktikal tetapi sejak akhir kurun ke 19, ia telah menjadi satu fesyen. Semuanya dek kerana wanita yang begitu obses dengan fesyen, nak bergaya sama kaler dengan bajulah .. nak kasik sepadan dengan kasutlah ... nak bertema itulah inilah .... kerana itulah, dunia fesyen tidak lagi mengenai baju dan seluar, tidak lagi tentang kain dan fabrik tetapi dah menjadi macam satu pakej .. baik dari style rambut, sampailah ke ujung kuku ... nak kaler warna apa ..uhhh ....
Bila evolusi fesyen ini berlaku, yang jadi mangsa adalah wanita .. lelaki tidak. Namun, dalam keadaan2 tertentu, lelaki juga akan terkena tempiasnya, apatah lagi oleh suami... :D.
Difahamkan sekitar tahun 1920, barulah handbag menjadi satu keperluan penting bagi si perempuan untuk bergaya. Perempuan yang mengenakan busana cantik tak boleh tak ada handbag ... kalau tak ada .. dah jadi cam tak lengkap la pulak.
Jenama terkemuka Louis Vuitton dikatakan yang pertama memulakan evolusi handbag karya signature, atau lebih mudah dikenali sebagai handbag yang ada ketrampilan atau brand - Designer's Handbag. Bila handbag dah lekat dengan brand dan jenama ... so faham2lah bila berkata tentang harganya.
Ok, saya seterusnya nak senaraikan 5 beg tangan antara termahal di dunia - dan semuanya merupakan Designer's Handbag yang memang eksklusif la ... so jangan risau para suami sekalian .... susah nak dapat dan sukar pun nak dicari ..tak terjual secara terbuka. Tapi kalau bini nakkan jugakk .. nasib korangggg la .. heehehehe..uhh larikkkkkkkkk.............
The Hirmis Birkin - Bernilai USD$1.9 Juta |
The Chanel “Diamond Forever” Classic Handbag - Bernilai USD$ 261,000 |
Lana Marks Cleopatra Bag - Bernilai USD$ 250,000 |
Urban Satchel Louie Vuitton Bag - Bernilai USD$ 150,000 |
Hermes Matte Crocodile Birkin Bag - USD$ 120,000 |
Hmm ... buat perempuan.. dah cuci mata? Nak lagi? Leh KLIK SINI. Kebanyakkan jenama terkenal dengan harga yang mak aihhh gila kau ni ... adalah bag2 yang ada cirian yang tak terdapat di handbag biasa. Ada yang disalut batu permata, ada lak dibuat dari platinum, dan ada yang memang unik sebab dibuat dari barang terpakai - erkk pun harga gila mahal!.
hah??????????? fensan seratus menet
ReplyDeleteush yg second last tu buat dri brg terpakai ke gmbr je
ReplyDeletepergh..kawin dgn ank datok pon blum tntu dpt ni...=)
ReplyDelete@Izamir Ridzwan Memang dari bahan terpakai.
ReplyDeleteerkkkk...knp mhl sgt ni...nsib not my taste..taste kt brng2 mhl..mau kopak duit ni...
ReplyDeletemak aiii..mahal gilo..gua gasak dengan karung beras je..huhu
ReplyDeletehehe skrang tengah ngumpul reusable beg...setiap hari sabtu ialah hari tanpa plastik.huhu
ReplyDeletetapi..
tapi...
tapi....
tapi.....
all pic tu buat akak meleleh air mata hukhuk...
gile ah..semalam beli beg rega seratus pun dan rasa mahal..inikan pula beratus dolar...pengsan!!
ReplyDeletesalam singgah dari CUJEN THE LEJEN
BESTEVER GIVEAWAY
PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG MAYBANK
i luv handbag.. :) tp klu kata nk pakai yg harga beribu2 tu idok la. klu dpt hadiaah br pakai heehhehe
ReplyDeletebirkin? chanel! uii...mahal bebenor...idok lew kite mampu...hee
ReplyDeleteI loove birkin but I dont like LV's Urban Satchel. It looks gross.
ReplyDeleteklakar la tgk Urban Satchel Louie Vuitton Bag tu...
ReplyDeletedesign cam ala2 sampah pon mahal... =)
whoaaaaaa! I WANT! LOL
ReplyDeleteIf I can afford, why not?
ReplyDeletebeli guna duit kwsplah....haha...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.