Salam.
Jangan ikut petua yang diberikan ini ehh ... ini cuma ingatan dan sekadar berkongsi pengalaman lampau. Tapi kalau ada yang buat lagi, cepat2 jangan buat ... ishh ngundang bahaya je ni.
- Meletakkan segelas air kosong di atas meter letrik - pernah dengar atau lihat petua ni tak? Ishh ni kalau tumpah air dalam gelas tu, tak ke leh terbakor satu umah .. ishh ... sapa la punya petua ni.
- Menggunakan soket yang banyak palam - ada yang kata, leh jimat letrik sebab letrik tu akan 'terbahagi' secara sama rata, so nanti bil pun kuranglah. Nih mitos semata-mata. Ini bukan caranya, kalau silap letak boleh terbakar dan merosakkan peralatan elektrik. Kadar beban sesuatu soket itu perlu anda tahu supaya selaras dengan jenis2 peralatan elektrik yang dicucuk sekali.
- Buat penyambungan sendiri - ada yang suka 'tarik' punca elektrik dari satu soket atau plak kemudian buat plak lain. Ini bukan petua yang bagus, sebolehnya dielakkan. Semakin panjang anda gunakan sambungan, semakin tinggi arus hilang menerusi wayar tu, jadi ia tidak efisien. Bayar lebih untuk sesuatu yang tak dapat ...
- Tutup suis peti ais kemudian buka semula - hmm ini bakal menambah bil elektrik ni. Bila anda tutup dan buka semula, banyak tenaga elektrik yang perlu digunakan untuk menyejukkan balik peti ais tersebut. Namun, sekiranya isi kandungan dalam peti ais itu hampir kosong, digalakkan anda tak menggunakan peti ais dalam satu jangkasama tertentu.
- Semakin kecil peralatan elektrik, semakin kurang tenaga elektrik - mungkin ya, tetapi kebanyakkannya tidak .... kadangkala benda yang kecil menggunakan lebihan tenaga yang tak sepatutnya. Jangan percaya mitos ini.
- Guna plak yang ada tulis energy savers - jika peralatan elektrik seperti cerek, tv, microwave mungkinlah .. tapi plak ... mana boleh energy savers, setiap socket itu ada tahap bebanan yang telah ditetapkan.
Ok... tu sedikit sebanyak perkongsian yang saya nak berikan. Ada yang amalkan tak?
ini petua jimat letrik atau petua bakor rumah Kak Limah nie..
ReplyDeletetidak pernah pulak nak jimat pun...
ReplyDeletesatu rumah ct ade 5 orang 3 bilik, 3 buah komputer..dua tv..3 kipas angin, 2 peti ais..bil letrik tidak pernah melebihi rm40....hehe..nak jimat mudah je..lampu...guna je lampu pandaflo (tak tahu eja)...
peti ais..tutup pintu selepas guna...iron baju..cabut plag selepas guna..tv..tutup kalau takde org tengok...ekon..on time perlu je...
@c-tea uikss bawah rm40? uhh betul ke? kami sekeluarga mesti dekat 2 ratus .. camner ehh? ekon tu .. hmm ...
ReplyDeletetu la. yg bg petua ni dulu time kt skolah xpernah nak dgr cikgu cakap. hehe. yg penting, kalau xguna, tutup je. jgn buat standby mood cam TV atau radio.
ReplyDeleteeh..tak tau nak kata apa~~ahaks
ReplyDeletedolu2 kat kpg ade tengok umah yang buh air dalam botol letak kat atas meter
ReplyDeletehuhu
hehe..umah ni selalu buat yg NO.3..'
ReplyDeletekunun2 nak jimat kos upah orang..
aiyaa!!
salam singgah dari mummy weiyda
eppy blogging ya!!
Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
hhaaaiihhh.macam mane la nak jimat sume sume barang kat umah pun guna letrik..kenape nasib kite begini..
ReplyDeletehhaaaiihhh.macam mane la nak jimat sume sume barang kat umah pun guna letrik..kenape nasib kite begini..
ReplyDeleteTak pernah tahu pun petua-petua ni, mujurla memang tak buat, hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.