Bila berblog ini, anda bakal terdedah dengan kontroversi dek kerana satu entri. Jadi, perlulah berhati-hati .... selalunya kita tak mengundang kontroversi tetapi ada je jari jemari yang tak berapa puas hati dengan entri kita. Jadi cara yang paling selamat untuk elak kena cemuh, kena kontroversi, kena komen yang bingit, serta elakkan blog anda jadi sampel untuk dibombastik ialah dengan menulis entri selamat.
Bagaimana nak menulis entri selamat?
8 Petua Elak Tulis Entri Kontroversi
8 Petua Elak Tulis Entri Kontroversi
- Walaupun tajuk anda macam kontroversi, isi anda perlulah relaks ... pembukaan mestilah yang sedap dibaca, jangan terlalu menekankan emosi dalam penulisan entri anda. Jika rasa ingin meluahkan ketidakpuashatian anda, buat dengan cara kiasan ... banyak bermain dengan ayat. Biar lembut tapi bisa. :)
- Pastikan entri anda yang mengandungi tips, petua, mahupun tutorial digubah dengan bahasa dan ayat anda sendiri, ibarat anda dengar kuliah atau ceramah, anda akan buat nota ... notakan dulu isi2 anda, dan kemudian olah dengan perkataan dan ayat sendiri.
- Entri2 dari sumber luar, pastikan dikreditkan sepenuhnya atau sebahagian, ada link atau dinyatakan nama blog atau sumber tu.
- Entri bergambar pun kena ada kredit walaupun ada google gambar tu, link ke blog atau website tersebut. Lebih baik link ke website dari link ke entri sebab takut entri tu hilang atau dah didelete oleh blog asal, nanti orang kata tipu lak.
- Entri yang punyai fakta, pastikan ia tak tersilap atau tersalah .. nanti silap2 kena terjah dengan pakar fakta dan sejarah. Free2 je kena komen berapi.
- Kalau gambar yang ada wajah orang, pastikan anda minta izin kecuali ia memang telah dikomersilkan, atau dengan kata lain telah ada di laman web atau blog awam yang lain. Berikan kredit ke laman web atau blog tersebut. Jadi asal penyebaran gambar itu dapat diketahui dari mana. So safe ler bagi blog anda.
- Jangan buat entri berunsurkan politik - banyak undang padah ni. :)
- Jangan buat entri yang kutuk2 atau maki2 ... pasti akan ada yang sentap!
Ok, antara yang dapat HH fikirkan buat masa ini tentang cara nak buat entri selamat. Jadi, jika blog anda tidak mahu mengundang sebarang kontroversi, cuba ikut tatacara diberikan. InsyaAllah ... blog anda pasti akan aman dan damai.
petua yang menarikk.:)
ReplyDeletekdg2 bila tulis sal diri sendiri pon, jd kontroversi gak kn?? uhuk2~ =.=
ReplyDelete@syaz rini Terima kasih .. pengalaman mengajar kita menjadi lebih baik dari semalam ..
ReplyDelete@NuSaNa NoSa 91 Bila ada tangan gatal yang nak bikin panas .. tapi sebenarnya ia pun satu bentuk promosi jugak
ReplyDeletebuat entry politik yg puji kerajaan dan hentam anwar kalau nak masuk prime time buletin utama. hehe
ReplyDeletesalam terjah dr blog mr ben.. nice info.. :)
ReplyDeleteplz welcome to visit my blog.
@Dawa Hahahaa... :) kalau aku boleh like komen . dah tekan like 23 kali ni .. :)
ReplyDeleteakn d ikut petua2 ini kemudian...terima kasih ya
ReplyDeletenak tulis entri kontroversi ok je. yang penting kamu kena ada back up jawapan akan setiap apa yang di tulis. kalau benda itu fakta. kontroversi ke tak dah tak penting. orang akan mengalah akhirnya. kalau tak ada back up almaklum makan diri sendiri la.
ReplyDeletebagi aku kontroversi di perlukan. sampai bila kita hendak berkiasan. menulis hanya untuk menjaga perasaan orang lain. tetapi maktlamat tujuan sebenar tidak tercapai.
walau apa-apapun bergantung kepada individu sendiri. lain orang lain cara penyampaiannya :)
IR nk tulis entri kontroversi gak.. heheh nk bgi meletop satu dunia.. mampu ker??
ReplyDeletememang terbaik la nasihat dari bro....:)
ReplyDeleteokeh boss. entry menarik utk dikongsi nih.. :)
ReplyDeletethanks.
thanksssssssssssss.....................:)
ReplyDeletepenulisan bro adalah terbaik. boleh jadi rujukan kepada naim dan newbie.. hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.