As-Salam.
Saya tak tahu samada anda perasan atau tak, samada dah ramai tahu atau tak ... kini blogger/blogspot telah menyediakan 5 jenis paparan untuk blog korang. Boleh pilih mana satu - flipcard, mosaic, sidebar, snapshot dan timeslide.
Dah cuba? Saya baru je mencuba ni. Menarik. Ini dikatakan sebagai Dynamic Views. Blogspot memperkenalkan Dynamic Views untuk memberikan pilihan kepada pengungjung blog serta kepada penulis sendiri.
Berikut adalah paparan yang dimaksudkan (dynamic views). Cara bagaimana nak buat, saya akan beritahu di penghujung entri.
Bangku Kosong dalam Flipcard View:
KLIK sini untuk lihat menerusi browser anda! |
Paparan blog anda akan memaparkan dalam bentuk kekotak sama saiz, disusun berturutan mengikut entri. Jika entri ada gambar, dia akan paparkan gambar, dan jika tidak dia akan tulis tajuk entri sahaja. Paparan boleh dipilih disusun mengikut kategori yang disediakan - catatan terkini, tarikh, label dan penulis. Kategori susunan penulis jika blog tersebut ada beberapa orang penulis (team blogger).
Bangku Kosong dalam Mosaic View:
Klik sini untuk lihat menerusi browser anda! |
Paparan blog dalam bentuk mozek tersusun tidak sekata. Seperti juga flipcard, mana entri yang ada gambar, ia akan paparkan gambar - tajuk tak ada, tajuk akan keluar dalam bentuk popup bubble bila kita unjurkan mouse. Mana entri yang tidak disertakan gambar, hanya tajuk akan keluar disamping sedikit isi kandungan entri tersebut. Paparan ini tidak ada pilihan sorting macam flipcard.
Bangku Kosong dalam Snapshot View:
Klik sini untuk lihat menerusi browser anda! |
Paparan ini lebih kepada gambar. Mana entri yang ada gambar sahaja akan dipaparkan. Tiada pilihan seperti flipcard. Ia sangat sesuai bagi blog fotografi. Ruang kekotak kecil di bawah paparan setiap snapshot entri tersebut merupakan jumlah komen.
Bangku Kosong dalam Sidebar View:
Klik sini untuk lihat menerusi browser anda! |
Paparan ini seperti simple blogging template. Tajuk setiap entri dinyatakan di sidebar, disertakan dengan jumlah komen.
Bangku Kosong dalam Timeslide View:
Klik sini untuk lihat menerusi browser anda! |
Entri disusun mengikut tarikh posting. Ia nampak lebih banyak pilihan dengan semua entri dipaparkan. Sedikit kandungan entri akan dipaparkan. Tajuk2 entri pula disertakan di sidebar.
Untuk setiap entri yang anda klik dalam setiap jenis paparan, ia akan ditunjukkan dalam bentuk2 yang berbeza, cubalah kalau nak tahu. Klik pada gambar/setiap paparan di atas tadi untuk tengok hasilnya dan cuba klik pada entri2. Sure anda akan tertarik hati.
Untuk mencuba di blog anda, pastikan perkara berikut dilakukan dahulu, sekiranya tidak, blog anda tidak boleh dipaparkan menerusi 5 pilihan views ini. Pastikan:
- Blog anda adalah blog public, bukan blog private atau jemputan. Ini bermaksud utk akses blog anda, tidak perlu sign in.
- Blog anda menerima penuh feeds atau menggunakan suapan penuh. Pilih berikut untuk bolehkan suapan/feed penuh - Pada Settings | Site feed tab, klik enable Full atau Jump Break untuk Post Feed anda.
- Pastikan di ruang dynamic views - anda pilih enable. Dalam ruang Setting | Formatting tab, pilih Enable Dynamic Views kepada Yes.
Dah siap buat perkara-perkara di atas di setting blog anda, maka bersedia untuk lihat blog anda dalam 5 paparan dinamik ini. Menarik dan peghhh lain dari yang lain. Ini memberikan kelebihan buat blog-blog yang lambat load serta berat untuk beri pilihan kepada pengunjung. Untuk melihat bagaimana blog anda beraksi dalam 5 paparan dinamik ini?
Blog anda dalam 5 paparan dinamik ini, hanya taip url blog anda seperti berikut:
Mudah bukan? Untuk menggunakan cirian ini bagi persembahkan kepada blogger atau pengunjung, anda boleh bermula dengan promote blog anda menggunakan alamat url di atas.
Selamat mencuba.
okey..mekaseh
BalasPadamda tau.. tp xfhm..hahaha
@mia.lia APa yang tak faham ehh? Hmm cubalah .. tryla klik blog anda ... cuma tambahkan je /view kat belakang alamat blog anda.
BalasPadamMenarik juga...
BalasPadamas salam...
BalasPadameh!.. menarik jugk..
terima kasih perkongsiannya..
^_^
http://dady-rahman.blogspot.com/2011/04/maksudnya-berbezalah-dengan-orang-orang.html
heeee...penah nampak notification kt dashboard...tapi..g keje dlu lah..blk t baru buat...
BalasPadamsalam...
BalasPadamam ur new follower...
http://izznchaa.blogspot.com
uitt...sangat menarik tu...nak cuba gakla encek has..mksih byk ye encek hasrulhassan..hehe dgn ayah skali sy bagi..
BalasPadammeh baca
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/drama-sebabak-antara-krisdayanto-dan.html
ada perasan gak semalam tapi kurang jelas, heheh.. terima kasih kerana terangkan dalam bahasa melayu..
BalasPadamhaha..best2x
BalasPadamdah try ^^
makaseh share
aah,ade kt dashboard sblm2 ni,how to view our blog tp mse tu xreti lg nk try,.so,biar je,.hehe,.dtg sni,bru tau cmne,.nnti org lain open blog still akn viewing cmtu ke x?,.or bck to nrmal?
BalasPadam@**::CIKNUURUL::** Dia akan paparkan normal. CUma kalau diberi url link dengan tambahan "/view" je yang akan jadi dinamik ni.
BalasPadamsalam bro...
BalasPadamhahaha...dah try! mmg best!!
5 jenis paparan baru dari Blogspot
wah menarik2..blog nampak cantik..thanks info ni ^_^
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.