As-Salam.
Lama tak makan Cendawan Busut ni. Lagipun ia merupakan cendawan yang susah ditemui, sebab ia bermusim dan ia tumbuh pun di tempat2 tertentu. Lagi satu, ia belum dapat lagi ditanam, yang ada dikomersilkan dari sumber liar.
Cendawan Busut. Foto: NINOZ |
Masa zaman kecik-kecik dulu, memang senang la nak dapat. Sebabnya kawasan rumah mak ngah saya dikeliling pokok getah, di mana ada pokok getah yang tumbang dan dekat dengan busut ... leh la jumpa ia tumbuh selepas hujan di malam harinya. Tapi sekarang tidak lagi sebab busut dah tak ada. Kawasan rumah saya (kampung) pun pernah ditumbuhi cendawan busut ni ...
Tumbuhnya cendawan ini dikaitkan dengan kemunculan kelkatu, kalau ada kelkatu pada malam tatkala hujan tu ... pasti esok akan ada cendawan jenis ini yang tumbuh. Kalau rajin boleh la cari.
Cendawan Busut memanjang. Foto: NINOZ |
Cendawan busut ni tak macam cendawan tiram yang dijual dan dikomersilkan secara meluas. Ia panjang2, liat dan memang sedap dibuat masak lemak. Kalau masak air pun best ..letak cili api, bawang skit ...pastu nanti cicah dengan sambal belacan...perghhh .. best best.
Nak tahu lebih lagi mengenai cendawan ini, anda boleh baca di sini: KLIK SINI.
Belum pernah pula try cendawan ni..hehe..
ReplyDeletedulu pernah jugak kutip cendawan ni dekat2 dengan rumah .. sebab memang ada busut kat area2 situ .. kalau lambat melepas la .. yg slalu kutip org india . tu citer dulu la masa dirumah lama :) seronok bile kutip cendawan ni .. manis je ..
ReplyDeletetempat kome panggil kulat tahun
ReplyDeletebest ooo buat gulai tempoyak, goreng kicap atau sup...
baru ade banyak dia keluar
Peberet saya nih. memang susah nak dapat.. satu2nya cendawan yg manusia tak boleh tanam/biak, ha.. cendawan cicor pun sama..tak boleh tanam. Pernah dengar cerita bukan semua orang dapat kutip cendawan ni..hanya yg terpilih saja.. orang2 'yg serasi' je.. wallahualam. Kaitannya dengan kalkatu memang betul. Buat masak lemak memang best...
ReplyDeletenyum3
ReplyDeletekalo di Kg sy di Temerloh , dikenali sbg 'kulat tahun'..mmg sedap.
ReplyDeleteterbaek..lama xpekena cendawan ni,memang susah nak dapat..kalau lepas hujan kuar kalkatu,sok lusa cari la kat dekat2 situ mesti ader cendawan ni..
ReplyDeletemasa kat kg dulu2 byk ler cendawan tu...
ReplyDeletesekarang mmg tak jumpe dahh...
kt kampung MDT skrg tgh musim cendawan busut ni..geram sbb time MDT balik tak pernah merasa...grrrrr
ReplyDeletebaru makan cendawan ni siang tadi. tumbuh kat kebun atuk blakang rumah. banyak sangat! huhu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.