Salam.
Bangku Kosong ini merupakan satu daripada banyak blog yang sedang saya usahakan. Ia merupakan sebuah blog pengumpulan maklumat, penyebaran pengetahuan, perkongsian pengalaman dan menjadi tempat saya merujuk peristiwa yang berlaku dalam kehidupan saya.
Tidak dinafikan bukan semua orang sukakan blog saya, itu sebab blog saya tak ramai followers. Blog saya blog biasa ... blog saya .. blog carca merba. Bagaimana saya bermula?
Saya bermula dengan blog yang menampilkan keghairahan saya dalam fotografi. Baru dapat kamera, so blog menjadi tempat saya mempersembahkan hasil kreatif saya menerusi lensa kamera. Saya ingin orang lain melihat perspektif kehidupan yang serba lain dari sebuah lensa, kerana ianya boleh menjadi samada sangat indah ... ataupun sangat tidak indah.
Saya ingin orang lain melihat bagaimana saya melihat sesuatu. Ia satu kecantikkan abstrak yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata, kerana saya percaya gambar mampu bercerita asalkan sudutnya adalah betul dan terbaik.
Kemudian, dari sehari ke sehari dalam proses menjelajah mencari ilmu fotografi, saya telah terbawa ke alam dunia blog yang lebih luas - bukan setakat blog fotografi sahaja. Saya baca entri2 blog2 yang dah hebat, ramai orang kenal, ramai admirer. Blog2 yang dikunjungi ramai, blog yang tinggi trafik dan blog-blog yang ramai followers.
Lalu saya tertarik.... tertarik dengan pembawaan blog2 ini, seronok melihat komen2 yang berpuluh dan beratus ... tak seperti blog saya yang jarang dikunjungi, jarang dikomentarkan. Kagum dengan blog yang ramai orang suka, ramai followers. Saya bagaikan terpukau dengan kehebatan blog2 tersebut. Dalam hati, wahhh kalau dapat ramai baca blog .. ini sudah bagus.... tentu hasil kreativiti saya lebih jauh dilihat orang (sapa tak mahu kena puji dek kerja yang kita buat?).
Akhirnya, saya kaji pelan2 .. apa yang buat blog itu menarik dan tertarik. Mengapa? Dan akhirnya saya alihkan hasrulhassan.blogspot.com menjadi sebuah blog yang sekarang ni anda tengah baca dan nilaikan. Dan hasil kreativiti saya menerusi lensa saya pindahkan ke lensahasrul.blogspot.com
Saya ingin pikat seramai mungkin pelawat, seramai mungkin follower .. lalu saya hasilkan blog Bangku Kosong yang punyai skop lebih luas - bukan setakat fotografi. Tujuaannya... saya ingin tarik ramai pembaca dari pelbagai rasa, pelbagai latar belakang, pelbagai karenah, umur, jantina .. dan macam-macam lagi. Saya ingin buat Bangku Kosong ini majmuk sebolehnya.
Itu hasrat saya .... dan bila dah makin dikenali kelak ... saya ingin mereka melihat karya seni saya menerusi lensa ... saya bukan jurugambar hebat, bukan pro .. saya baru bertatih .. tetapi saya kekurangan kekuatan untuk bermonolog dengan kamera. ... lalu saya cari kekuatan dari sumber lain. Dan BANGKU KOSONG adalah kekuatan baru saya.
salam bro.. boleh zam tahu link untuk blog fotografi bro?
BalasPadamhmm hasrulphoto.blogspot.com ... :)
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.