As-Salam.
Dalam dunia blogger ni, siapa yang banyak ilmunya, cepatlah sikit dia jadi star. Dan ilmunya itu dikongsi ke seluruh pelosok celah dunia blogger, walaupun ilmu itu dah pernah blogger lain sebut2 dan dibuat entri, tapi dia lebih menyerlah.

Kenapa? Mungkin cara penyampaian dia agak berlainan, atau ada perkara lain yang membuatkan dia lebih menyerlah. Hmmm mungkin sebab dia hormat blogger lain ... maka dia menerima penghormatan dari blogger lain - itu yang saya simpulkan sendiri.

Dalam banyak2 blogger, berkongsi sesuatu terutama ilmu mengenai dunia blogger, memang sangat dialu-alukan, lebih ramai blogger tahu akan ilmu2 blogger ni, lebih baik .. tak perlulah nak meraba dalam kegelapan.

Mengapa nak kena tahu ilmu blogging ni? Sebab nak hasilkan sebuah blog yang baik. Saya percaya ramai setuju, kalau nak buat sesuatu biarlah terbaik, bukan takat lepas batuk di tangga. Bukan main cincai je. Bila ada ilmu, bila pakai ilmu blogging barulah blog boleh dibanggakan.

Kita mesti saling hormat-menghormati sesama blogger. Tak perlu nak angkat diri, tinggi mana sangat nak angkat, tak terangkat punyalah. Hormat dengan blogger lain bukan luak apa pun, respek apa mereka telah berikan dalam dunia blogging ni, terutama apa yang telah diberikan kepada anda. Dan bagi kita, kalau nak blogger lain respect kita, sila respect blogger lain juga. Respect usaha. Respect komentar.

Jika kita mampu memberikan penghormatan pada orang lain, pasti nanti, kalau bukan sekarang .. kita akan mendapat penghormatan yang sepatutnya.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. suka entry ni..yup semuanya bermula drpd kita..if kita nak kan penghormatan maka perlulah kita hormat org dulu

    nice job bro

    jom baca ni BK
    Cinta Jarak Jauh???Mampukah Anda???

    BalasPadam
  2. bagus entry hasrul ni..
    masing2 punya pendapat..
    bantu membantu..
    hormat menghormati amalan mulia..hehe

    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/saiz-bra-julia-perezsape-tau.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement