As-Salam.
Desas-desus dengarnya piliharaya umum makin hampir. Dengar-dengar dari mereka yang suka bercakap hal politiklah. Saya ... nak bercakap pasal politik .. uhh jangann .. nanti semua ternganga punya .. hehehehe ... kalau saya suka benar cakap politik, dah la saya politikkan blog Bangku Kosong ini.

Saya pernah berpolitik ... pernah masa kat dalam kampus dulu. Dan mungkin saya tak ceritakan lagi, saya pernah dicari oleh mata-mata gelap atau Special Branch (SB) semasa kes Anwar dipecat dari jawatannya. Tapi time tu saya tak ada, saya balik kampung ... saya dimaklumkan saya dicari ni bukan oleh kawan-kawan ke apa ke .. tapi dimaklumkan oleh bapa sedara saya sendiri. Erkkk .. hehehe... bapa sedara saya merupakan polis SB berpangkat SI .. masa tu.

Kalau nak cerita pasal kisah2 yang saya dapat dari bapa sedara saya tentang politik ni ... uhh jenuh. Lagipun banyak yang tak sedap nak diceritakan, jadi eloklah saya simpan. Tak berapa baik. Takut nanti jadi fitnah. Sapa yang kena nanti? Saya jugak .. korang tak apa ler .. cok baca je .. hehehee....

Ok nih ada satu citer yang berkisar pasal orang politik.... cerita Mak Janda tapi masih dara .. erkkk .. ohh jangan ada yang terkesima. :P Ini hanyalah entri gurauan.

Janda 3 Kali Cerai Masih Perawan

Seorang janda yang sudah tiga kali kawin-cerai diperiksa oleh seorang doktor pakar sakit puan. Sedang diperiksa, lalu berlakulah dialog ini:

Janda: “Doktor, tolong periksa berhati-hati yer, saya masih perawan tau doktor"
Doktor: “Erkk? Bukannya puan dah 3 kali cerai ... masih perawan? masih dara?"
Janda: “Betul, suami pertama saya... sayang .. mati pucuk ketika dia menikahi saya"
Doktor: “Oh begitu, tapi bagaimana dengan suami kedua pulak? Impoten juga?"
Janda : “Hmm tak, suami saya yang kedua, tak disangka rupanya dia seorang gay, jadi dia tak berminat dengan saya"
Doktor: “Suami ketiga? Takkan impoten jugak? Takkan gay jugak? Susah nak percaya"
Janda: “Hmm suami saya bukan mati pucuk. Dia juga bukan gay ... tapi dia seorang ahli politik "
Doktor: “Ahli politik? Jadi ... apa kaitannya dengan puan masih dara?"

Janda tu diam ... dan selanjutnya dia berkata:

Janda: “Ahli politik, tau berjanji sahaja ... tapi bila tiba masanya... tak pulak nak direalisasikan!!"

Doktor tadi langsung kehairanan.

Entri ini hanyalah entri senda gurau di petang hari. Jika terasa di hati, saya mohon maaf ...bukan nak perlekehkan ahli politik atau mereka yang terlibat dalam arena politik. 

**p.s: Mungkin ada yang dah baca lawak sebegini.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. suka-suka
    tengah sengih sampai telinga
    hahahahahaha

    BalasPadam
  2. sndiri mau fikirlahkan....hehehe...

    BalasPadam
  3. hahaha... ada2 je... ahli politik yg mana? yg gambar kat atas tu ke?

    BalasPadam
  4. hahahaha (gelak guling2)..
    dipendekkan cerita jangan bagi suami berpolitik... kihkihkih..

    BalasPadam
  5. hikhikhik....betul sangat entri ni..hahahaha

    BalasPadam
  6. hurmmm...terselit maksud tersirat disitu!!
    faham3!!
    nice entry!!


    salam singgah dari mummy weiyda❤
    keep it up blogging ya dear❤
    (◕‿◕✿)

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    BalasPadam
  7. Hahahahahaha....nice entry...peace yo...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement