Salam.
Saya terpanggil untuk menyatakan pendapat saya mengenai tindakan kerajaan menangani masalah kekurangan tenaga kerja mahir di negara kita. Langkah kerajaan dengan memberikan inisiatif istimewa kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untuk kembali ke negara ini, saya fikir patut dibincangkan balik.
Setakat ini, tiada statistik jelas mengenai jumlah tenaga kerja mahir Malaysia yang pulang menerusi skim yang telah diberikan oleh kerajaan. Adakah ia memberikan kebaikan? Adakah ia berjaya?
Ada yang merungut dalam hal ini, masakan tidak, jika mereka yang bekerja di luar bagai ditatang minyak yang penuh ... pulang dan diberi pelbagai insentif. Secara positifnya saya melihat benda ini mungkin boleh menarik tenaga mahir ini kembali ke negara tercinta mereka ini, tetapi pada satu pandangan lain pula ... mengapa tidak diikat hati mereka yang dah ada dalam negara ini?
Kerajaan harus fikir sebab musabab mengapa tenaga mahir ini ke luar negara pada asalnya .... hmm kalau mereka tak berhijrah keluar, tak perlulah nak panggil mereka pulang .. ye tak? Tentu ada yang tak digemari di negara sendiri. Andai persekitaran kerja di negara ini sangat lumayan, tak perlulah mereka 'ditarik' keluar. Mereka ini bukannya lupa akan asal usul, mereka ini bukan tiada jati diri ... tetapi mereka mencari peluang yang lebih baik untuk diri mereka dan keluarga mereka.
Jika peluang dan persekitaran di Malaysia kurang menarik minat tenaga mahir tempatan ini, tentu sekali mereka akan teruja dengan apa yang disediakan kepada mereka di luar. Biarpun terpaksa meninggalkan sanak sedara dan keluarga, tetapi peluang yang ada di luar itu nampaknya lebih lumayan, lebih menjaminkan kehidupan mereka .... masakan mahu menolak? Kucing diberikan ikan ... pasti menolak nasi. :)
Saya fikir apa yang patut dilakukan oleh kerajaan Malaysia adalah memikirkan bagaimana untuk mengikat tenaga mahir ini dari 'lari' ke luar .... bukan 'menarik' kembali mereka yang dah sedia di luar. Baik dijaga mana yang dah 'setia' ini dari mengharapkan yang tak tentu di sana.
Tak tertarikkah anda sebagai seorang tenaga mahir, jika peluang di luar sana amat lumayan? Diberikan ganjaran penuh nilai, dengan bonus, dengan komisyen ... dengan pelbagai insentif yang disediakan. Patutnya kita memberikan ruang yang kompetitif untuk memikat yang ada ini terus-terusan berada di sini.
Nanti, jika kita tidak memikirkan akan aspek ini, lama kelamaan yang ada ini akan keluar juga. Kecewa mungkin .... dan nanti mereka akan mengharapkan kerajaan melutut dan berikan pelbagai faedah untuk mereka kembali ... andai itu yang kerajaan mahukan.
Apa yang berlaku sekarang? Yang dah ada dalam negara bagai kurang terbela .. bagai kurang istimewa ... kat luar sana dah memang mewah .. .... lagi nak dimewahkan dan dimanjakan. Tidak nampakkah yang sudah ada, yang sudah setia, yang sudah lama berada di dalam negara ini? Sesekali .... berilah lebih dari apa yang ada .. tak ada yang rugi .... sekurangnya tak perlulah kerajaan berbelanja yang tak patut lagi .. hanya nak menambat hati mereka kembali bekerja di negara tanah tumpahnya darahnya ini.
**p.s: Seorang kenalan kata, gaji seorang nurse di Dubai, RM17K sebulan .. mana tak lari nurse ini yang pernah bekerja di sebuah hospital kerajaan.
** kenalan juga seorang nurse... lari balik ke Malaysia kerana hatinya terikat dengan jejaka malaysia bukan kerana inisiatif kerajaan.
ReplyDeleteKerajaan Malaysia haruslah (seharusnya saya tulis di blog Najib Razak) memberikan inisiatif buat golongan professional yang berada di sini macam kata penulis agar mereka tidak berkira2 untuk mempertimbangkan tawaran luar yang lebih lumayan dan sejuk cuacanya dari Malaysia yang panas membahang sepanjang tahun.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.