As-Salam.
Ada yang berbisik pada saya, blog2 yang hebat dan blogger2 yang boleh dikatakan otai, dah tak kesah pasal follower .... betul ke? Mereka tak pernah nak ajak pembaca jadi follower mereka .... mereka lebih suka pembaca yang klik sendiri untuk jadi follower. Hmmm .... ada tu .. blog derang tak ada pun fungsi follow-mollow ni .... kenapa ehh?

Blogger-blogger yang dah lama ni sebenarnya dah tak ambik port pun pasal tu, kerana apa? Sebab mereka berblogging untuk sampaikan apa yang mereka nak kongsi, macam cerita, petua, pengalaman dan sebagainya. Mereka menulis sebab bukan nak kejar follower .... dulu mungkin ... time masa baru nak naik ... kini .. mereka mungkin dah tak fikir pasal tu lagi.

Meh kita tengok dan kaji rasionalnya. Kita cuba bayangkan mereka ini sebuah stesyen TV. Awal-awal tak siapa pun tahu ....  so sebagai sebuah jenama yang baru nak berkembang, mereka perlukan audience dan tentulah mencari peminat tersendiri.

Maka, mereka pun iklan kat mana2 .. suruh orang mai tengok rancangan2 menarik kat TV mereka, mereka siarkan cerita2 terbaek dan sensasi ... perghh makin lama banyak citer best. Rating cerita2 yang ada kat stesyen TV mereka pun naik ... dah ramai yang tahu. Mereka anjurkan macam2 untuk peminat2 mereka, supaya makin rapat dan makin intim dengan mereka. Ada je program2 khas untuk peminat mereka. Dan makin lama .... peminat bertambah, stesyen tu mula dikenali ramai.

Dah tak perlu nak promote sangat lagi ... peminat2 mereka yang akan jadi promoter buat mereka. Cakap .. ohh ada rancangan best la kat TV  tu .. inilah itulah.... dan makin bertambahlah peminat. Pun begitu, sesekali stesen TV ni pun promote citer2 yang terbaek dalam program mereka ..... untuk kekalkan mereka tetap menyajikan sesuatu yang istimewa untuk peminat.

Jika di awal-awal, mereka promote jenama ... brand mereka ... bila dah ada peminat yang ramai .. mereka promote pula rancangan2 yang ada. Mereka dah tak perlu nak war2kan jenama lagi sebab jenama mereka dah dikenali, dah ada follower yang ramai. Cukup dengan follower yang ada, apa yang mereka buat .. adalah maintain memberikan yang terbaik.


Dulu...mereka cari peminat .... kini tidak lagi .. sebab mereka dah ada peminat sendiri yang secara automatisnya .... akan promote jenama mereka dan entri mereka .... :)

Hmm so rakan-rakan, sahabat2 blogger dan pembaca.. nampak tak? Metodologinya lebih kurang je. Kena kreatif sikit untuk kembangkan blog anda .... itupun kalau inginkan blog anda dikenali kelak.

Jadi terjawablah soalan mengapa blogger-blogger yang dianggap otai ini dah tak kesah tentang nak ajak orang jadi follower ... mereka dah yakin, entri mereka pasti memikat ... dan mereka yakin ... orang akan klik follow juga ... tak suruh ... mereka dah promote habis-habisan ..tibalah masanya mereka mengecap kejayaan yang ada.



12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul juga tu..jadi saya perlu promote blog saya habis habisan la ni ye..haha..nak dapatkan pembaca..(blog saya masih baru..)

    entri terbaru:

    tak ada tujuan dalam berblogging?

    ReplyDelete
  2. stuju sgt..tp skrg masih dlm peringkat promote2..hehe..

    ReplyDelete
  3. Kak Jie malu...terus terang sejak dari dulu tak pernah guna ayat ' datanglah..mailah....jengoklah...'

    walau blog tulis hal peribadi, zon sempadan peribadi yg dikongsi dgn pembaca masih dijaga, sangat berhati2.

    Ada agama dan adat yg perlu dipelihara. Tapi Kak Jie bukan otai bukan popular bukan hebat, cuma senior atau dlm erti kata lain..dah tua bangka..hehe

    ReplyDelete
  4. @Kujie Ishh K.Kujie dah jadi references .... kira dah PHD dah dalam dunia blog ni, siapa yang tak tahu entri pasal iklan Nuffnang (Sebelum dan selepas), siapa tak tahu pasal entri k.kujie pasal hal kemasyarakatan .. uhh ... hebat per. :)

    Apapun, dalam menulis ..mesti nak kena ada rasa excitement untuk memberitahu orang lain ... barulah ada aura ..

    ReplyDelete
  5. yay betul!, setuju, yang penting, pastikan ada branding (keunikan ) tersendiri supaya org selalu datang blog kita

    ReplyDelete
  6. asal ada entry best,menarik...wa klik..tak kisah la deme otai kew idak...huk huk huk...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement