Salam.
Saya nak kongsikan satu cerita ini. Mungkin gelak tawa dalam membacanya tapi akhirnya ada satu peringatan khusus nak diberikan. Buat siapa? Buat mat-mat motor dan minah-minah motor . erkkk atau untuk semua orang yang guna motor. Dan dalam kes ni .. motorsikal. Cer baca .. cer baca .. hehehe ...

Kisah Mat Motor Bernama Atan
Satu kisah di sebuah kampung .... dengan seorang budak lelaki yang juga mat motor bernama Atan.

Pada suatu hari, Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok. Oleh kerana transport si Atan ini hanyalah motor sahaja, maka nak tanak kenalah naik motor .. ye tak? Naik motor tu idak ler salah kan .... tapi mamat ni ade satu hobi. Dan hobinya ini sangatlah berbahaya buat dirinya. Si Atan ni ni suka bebenor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu tak sampai pun 100 meter jer dari umah.

Dah siap2 .. biasalah mat moto ... nak lagi gempak ... kena la dressing. :) Naik motor pun nak smart apa.  Sebelom kuar dari rumah, mak Atan pun berpesan, 

"Atan, bawak moto bebaik. Mak rase tak sedap ati jer la" 
Atan pon menjawab, "Ala mak ni. Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer.. kannyer jauh sgt pon". 
Mak die pon menjawab, "Suke ati ko lah Tan... "

Kunci motor pon dipulas... vrommmmm (bunyi moto Atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba-tiba sampai di suatu selekoh, seekor monyet yang entah dari mana munculnya menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan... .maka dia hilang kawalan ke atas motornya dan menyebabkan dia terlanggar tiang lampu berdekatan. Maka, Atan pon jatuh terpelanting lalu tidak sedarkan diri.

Secara kebetulan seorang pakcik melalui jalan yang sama dan ternampakla Atan yang sedang terbarng di atas jalan. Dia sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si Atan. Lalu pakcik itu pun menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu. Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."

Tetapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik! Badan dia udah ke depan ....  dan tanpa bertanya dan berfikir panjang, pakcik tu pon terus membetulkan semula kepala si Atan  dengan segala keringat dan kesungguhan. 

Elok je kepala tadi dah elok letak, dah nampak cam ok, pakcik ni pun check lagi sekali nadi si Atan. Dan alangkah terkejutnya kerana tiba2 pakcik itu mendapati Atan sudah tidak bernafas lagi. 

Dan lagi terkejut, bila pakcik ni dok betul2kan jacket si Atan .... rupa-rupanya......  Atan memakai jaket kulitnye terbalik! Sahlah ... pakcik itu dah menyebabkan kematian si Atan. Ingatkan kepalanya terbalik, tapi rupanya bajunya yang terbalik.... tanpa usul periksa nak perbetulkan keadaan .... akhirnya menjerat diri sendiri. Dah tak pasal2 kena tuduh membunuh tanpa niat!

Kesimpulan:
  • Buat mat-mat motor .... cuba pakai baju atau jaket bebaik ehh .. :)
  • Jangan tak selidik sebelum membetulkan satu2 keadaan, isu atau perkara. Kalau tak nanti, akan bawa akibat buruk yang tak disangka.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. walaupon lawak dan mmg dah gelak, tp mesej tersirat tu buat aku berfikir ttg moral citer ni. hehe

    BalasPadam
  2. kelakar..

    ada mesej di sebalik kelakar.. nice2.

    BalasPadam
  3. hahaha adeh..funny!! tapi kadang kadang ngeri gak...hadoi..tak pasal2 mati budak tu! haish!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement