Salam.
Sejarah telah menceritakan kepada kita semua bahawa suatu kegagalan pada awalnya tidak bererti akan gagal selamanya. Setiap satu kejayaan itu perlukan kegagalan untuk menjadikannya ia lebih hebat, lebih bermakna.
Mari lihat apa berlaku pada Jepun, bukan waktu ini, tetapi suatu masa dahulu. Perang Dunia Kedua, menyaksikan kemusnahan Jepun yang hampir total .. tapi Jepun tidak terus tertiarap. Jepun telah bangkit menjadi sebuah negara yang hebat (dan pelik). Ia menjadi satu kuasa ekonomi yang hebat. Dan kerana itu juga, ia juga dikatakan merupakan satu kuasa besar yang boleh mempengaruhi dunia - baik dari segi sosial, ekonomi mahupun politik. Lihat sahaja pengaruh muzik, fesyen dari Jepun .. sarat di merata tempat. Terkini, Jepun telah mengalami satu malapetaka yang dasyat.... dan ini menguji sekali lagi masyarakat dan rakyat Jepun .. dan saya percaya ... Jepun akan bangkit kembali.
Dalam apa jua yang kita lakukan .... bila terkena cacian dan tohmahan, apalagi fitnah ... seandainya tidak yakin akan diri, tidak yakin akan ketentuan oleh Tuhan, pasti akan kecundang. Kena percaya, bahawa setiap kebaikan dibalas kebaikan, dan yang tidak baik akan menerima padahnya ... itu bukan janji manusia, tetapi janji Tuhan. Seandainya tidak berlaku hari ini, saat ini ... masa tersebut pasti tiba. Persoalannya .. adakah sempat kita berbuat sesuatu sebelum ianya terjadi? Dalam kata lain, memperbetulkan keadaan.
Apa jua masalah kita yang kita hadapi, apa jua dugaan yang menimpa kini, bukan bererti ia penamat segalanya. Bukan .. masih ada masa .. masih ada peluang .. masih ada kesempatan. Bangkit sebelum terlambat .... jangan merasa kecewa kerana kekecewaan itu adalah satu penyakit kepada kegagalan yang total!
Betul ;)
BalasPadam"Jangan merasa kecewa kerana kekecewaan itu adalah satu penyakit kepada kegagalan yang total!"
BalasPadamsy sgt suke ayat ini! totally agreed!
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.