As-Salam.
Saya ingin kongsikan satu artikel mengenai petua untuk simpan makanan. Mungkin kita semua boleh jadikan ini sebagai panduan untuk memastikan keluarga kita semua selamat makan makanan yang kita masak ...  

Makanan yang terdedah selalunya tidak akan selamat dari 'dihinggapi' bakteria ... benda yang tak nampak .. memang susah nak dielakkan. Kalau lalat tu leh la kan .. tau bila datangnya. Nih benda mikroorganisma.

Bakteria adalah antara penyebab utama sesuatu makanan itu jadi rosak dan merosakkan. Bakteria memerlukan makanan dan kelembapan, serta kehangatan untuk membiak. Dengan pengetahuan ini, marilah kita membasmi bakteria daripada makanan kita seharian.

Petua-petua Untuk Basmi Bakteria dari Makanan

  • Bakteria merbahaya dalam makanan mentah boleh dipindahkan kepada makanan yang sedia dimakan. Jadi, gunakan papan pemotong yang berasingan untuk makanan mentah seperti ayam, daging serta ikan dan untuk makanan sedia dimakan seperti sandwic, buah dan salad.
  • Makanan yang panas mesti tetap panas (> 60°C) dan makanan sejuk tetap sejuk (< 7°C) sehingga dihidang.Bakteria membiak cepat di antara suhu-suhu tersebut.
  • Jaga kebersihan diri. Jangan bersin atau batuk pada makanan kerana ini akan menyebarkan bakteria staphylococcus.
  • Cuci tangan sebelum mengendalikan makanan, terutamanya selepas ke tandas, menukar lampin ataupun menyentuh haiwan peliharaan.
  • Jangan basuh bekas makanan haiwan peliharaan bersama dengan pinggan mangkuk keluarga. Haiwan peliharaan patut dilarang dari dapur.
  • Balut luka pada tangan dengan plaster bersih dan kalis air kerana nanah dan cecair daripada luka mengandungi banyak bakteria.
  • Semua kain pengelap dan span mesti dibasmikuman setiap hari dengan larutan bahan peluntur. Sekeping span yang kotor mengandungi hampir sebilion bakteria!
  • Nyahbeku makanan beku dalam peti sejuk.
  • Jangan muat peti sejuk terlalu padat agar udara sejuk beredar bebas.
  • Masak makanan dengan sempurna, terutamanya daging, ikan, ayam itik dan telur, untuk membunuh bakteria yang hadir.
Mari sama-sama kita ambil kisah .. untuk sapa je ...untuk kita juga.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement