As-Salam.
Semua teringin nak jadi blogger popular. Tapi sebenarnya .. bila dah popular ni ... kena banyak bersedia .. siyes .. saya tengok ramai blogger yang dah popular hadapi dilemma yang sama. Yang mungkin, dilemma ini difahami sesetengah orang terutama blogger, tapi ada juga yang tak faham. Saya tak tahulah, dah diberi penjelasan, mungkin sengaja tak mahu faham atau benar2 tak faham.
Bila dah jadi blogger popular, anda harus berhadapan dengan perkara2 berikut:
- Blog anda akan dikritik dengan keras .... jika dan hanya jika entri anda mengundang kontroversi.
- Bila anda tidak membalas komen, anda akan dicap sebagai seorang blogger sombong.
- Memastikan blog anda sentiasa fresh dengan entri2 ... bila tak ada entri terbaru, ini pasti akan mengecewakan ramai pengunjung.
- Diminta untuk berkunjung ke blog2 orang lain tertutama newbie .. kalau ada 100 blog yang diminta sehari untuk anda pergi dan jenguk ... bagaimana blog anda?
- Diminta untuk promot blog, entri ataupun kontest tertentu.
- Akan ujud golongan dari kalangan blogger gak yang membenci anda.
- Entri blog anda akan dijadikan sebagai rujukan, jadi entri perlu berhati2 supaya tidak tersilap kata serta fakta.
- Anda akan dicap sebagai blogger sombong kerana tak beri peluang blog2 lain menyerlah dalam blog anda - tiada bloglist dan sebagainya.
Ini merupakan pendapat peribadi saya, lain orang ... lain blogger mungkin ada pendapat sendiri. Saya sedia berkongsi. Apapun ... sebagai kesimpulan, bukan mudah menjadi blogger terkenal ni ... silap2 boleh masuk penjara .. nak? Hmmmm ... menjadi popular memang best tapi takat popular dalam blog, entri gah2 .. tapi ... adakah ia memberikan kesan? Adakah entri anda telah selayaknya membawa anda sebagai seorang blogger popular?
Ada macam2 cara untuk popular dalam dunia blog. Pilihan ... di tangan dan jemari anda.
**p.s: Siapa blogger popular?
uish...taknak la dicop sombong...sekadar blogger biasa2 pun dh cukup^^
BalasPadamx femes pun tak best...femes pun kurang best jugak..jadi blogger sederhana je la..yg penting trafik naik mencanak-canak..huhu..boleh ker?
BalasPadamhuh..popular??
BalasPadamxpenah terfikir pon...
berblog suka2 jek kan...
mahu jadi blogger biasa2 saje...tinggi pencapaian tinggi tanggungjawab...so, jd biasa2 suda...tp bangku kosong nei mmg popular la...
BalasPadambetul3...sederhana lebih baik dr segala2nya...
BalasPadamwah!! sudah tukar merah ye?
BalasPadamMas sukaaaaa...i love red!!
Tak femes pun tak pe la kot.
BalasPadamJanji ade orang datang blog kita hari2.
Oke la.
Tapi cmne orang nak datang blog kita kalau kita tak g terjah blog orang lain kan?
tol tak? :)
Ntahlah HH.. klu berblogging ni mmg ada bnyk perkara yg rasa perlu dikongsikan utk pengetahuan bersama.. klu org tak tau siapa penulisnya takut2 cerita tu jadi kurang dipercayai.. tapi tak sanggup rasanya pulak utk nak sampai jadi femes amos hehee.. wallahualam.. :)
BalasPadamTumpang lalu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.