As-Salam.
Ai... tak tido lagi ke? Hehehe... oh lupa ... esok anak tak sekolah, wife tak kerja .. cuti. Apa plan anda esok yer? Saya .. tak tahu lagi. Mungkin nak pergi beli barang sikit2 mana2 yang tertinggal tempoh hari.
Sebab malam masih muda (konon), saya pun berblogwalking, singgah tengok rakan-rakan dalam bloglist saya .. apa cerita mereka. Dan uhh saya tertarik dengan satu kenyataan ini:
Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
Wahhh ... bila fikir-fikir balik. Hmm betul .. betullah tu. Sebab hasad dan dengki tak dapat peroleh apa yang si anu tu dapat, mulalah .. erkk ini semuanya hasil bisikan syaitan ni. Memang geng2 camni suka buat onar, tak leh tengok sesama manusia ni berbaik sangka. Ada je agendanya.
Kadangkala, kita lupa .. musuh sebenar kita siapa. Yang dok terkekek2 ketawa di alam satu lagi, yang tak nampak dek mata kita. Agaknya, bila kita seronok mencaci maki orang, set2 ni leh silang kaki sambil ketawa terbahak2 ... agenda melagakan manusia ciptaan agung Tuhan telah terlaksana. Yang jadi mangsa? Kita .. set2 ni tak tanggung dosa .. sebab memang tempat mereka di sana, kita ni .. yang dah ada tiket untuk ke tempat lebih baik .. suka2 je nak diberi pada orang lain.
Lagipun .. apa pekdah benci2 orang nih? Ada pekdah ke?
Dan lagi ... blogger ni menulis ini:
Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
Betul. Kita telah diberitahu banyak kali dah ... hidup sebagai manusia ni kena hadapi banyak dugaan, banyak cabaran. Kalau tak macam mana kita nak tahu tahap pencapaian kita, iman kita, nafsu kita, akal kita ... kena la wat test. Aiseyyy ... dulu masa belajar kan .. dah tahu. Kita buat exam sebab nak tahu apa yang dah kita pelajari, sama jugalah dengan hidup ini. SPM pun leh ambik sekali lagi .. kan kan? Mungkin hidup .. bunuh diri .. ohh tak dapat la menolongnya dah ... lagipun tu dosa besar ..kecewa hidup ... bunuh diri ... ishh terlepas banyak peluang, terlepas banyak nikmat. Bila kita gagal, dek kerana cubaan dan dugaan, kita masih lagi berpeluang untuk mencuba lagi.... asalkan jangan buat yang tadi tu ler - bunuh diri.
Hmm sebenarnya banyak benda yang diberikan oleh blogger ni. Nak tahu lagi? BACA SINI.
Buat Chegu Zubir... terima kasih kerana berkongsi.
tq BK..hehehhee...sekadar renungan bersama
BalasPadamPerkara Yang Kadang-Kadang Kita Perasan/Tak Perasan
Renungkan Sedalam-Dalamnya- "Jodoh"
like this entry.. ^^
BalasPadamhehe..bagus posts nie..n blog nie..folo u..folo me back yer,,,video clip nie lucu ke kejam??
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.