As-Salam.
Hidup tak selalunya indah. Ada pasang surutnya. Jadi sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada. Kalau kita terlupa atau lalai, kelak yang merana adalah diri kita sendiri. Awas dengan perkara-perkara yang tak dijangka.

Kadangkala kita terlalu yakin akan diri sendiri sampai kita abaikan benda2 kecil yang sebenarnya antara faktor penyebab sesuatu peristiwa dan keadaan. Contohnya, tak pam angin tayar, boleh sebabkan kita kekurangan nilai dalam wang kita tatkala mengisi minyak, kerana apa ...kalau angin tak ada pada tayar atau tak cukup, kita bawak kereta akan guna banyak minyak, sebab tak efisien. So, jangan bebel2 sendrian bila isi RM30 kejap je abis dalam masa seminggu!

Jadi, bagaimana diri nak jadi sentiasa alert? Hmm ... ada pasangan? ada anak? Ajar mereka untuk sentiasa menegur anda, memberikan nasihat, mengingatkan anda. Kalau asyik fikirkan diri je yang leh nasihatkan orang lain .. hmmm anda salah. Orang lain pun ada hak untuk menegur anda, sebab anda takkan nampak salah sendiri punya. Ada tu ada .. tapi berapa kerat sangat nak ngaku salah sendiri .. egois ehhh ... Jadi, sila mulakan diri untuk sentiasa bersedia menerima teguran, kalau orang lain cam takut2 .. beritahu mereka anda sedia ditegur .. walaupun dari anak anda sendiri.

Apa? Anak atau orang yang lagi muda tak biasa atau tak boleh tegur anda? Sebab apa? Sebab anda lebih makan garam? Ecehhh ..makan garam dulu .. makan garam banyak .. tak sedar ke ... makan byk garam tu leh bawak penyakit darah tinggi ... silap2 .. uhh leh strok (minta dijauhkan, InsyaAllah). Jadi ... jangan fikir orang lain tak layak tegur dan beri nasihat.... kita semua hamba Allah yang berada sementara je.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul2...orang yang sedia terima teguran ialah orang yang berjaya..:)

    BalasPadam
  2. susoh tau kalu kecek dengan ore tok reti bahaso a.k.a 'tuli' nih. sero mace nok tapa jah muko dio. pah tu gak kalu tegur, mulo la nok mecok-mecok..

    BalasPadam
  3. menegur xsalah kan..dan kalo nak menegur pun kena haris ada tokmaninah yang betul lar..jangan main tegur jer..kasi budi bahasa yg terbaik baru org dpt menerima..hehee!!

    salam singgah dari mummy weiyda
    eppy blogging ya!!

    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement