Tetiba teringat zaman muda remaja dulu. Lebih-lebih lagi zaman sekolah menengah. Banyak benda berlaku, tetapi dalam sejarah dan ingatan, saya masih ingat lagi jenama-jenama ini iaitu Tancho, Poken dan Brylcream.

Zaman tu, inilah jenama yang dekat pada hati remaja-remaja ketika itu, paling tidak pada diri saya dan kawan-kawan sebaya sayalah, terutama di sekolah.

Minyak Rambut Pilihan Remaja 80an

Minyak Rambut Pilihan Remaja
Jenama-jenama ini adalah jenama minyak rambut yang cukup popular pada ketika itu, iaitu sekitar tahun 80an. Inilah jenama meramoskan rambut ketika itu.

Ia jenama minyak rambut yang menjadikan rambut keras kejung, nampak hitam berkilat dan paling penting telah berjaya meng-handsome-kan ramai jejaka zaman 80an... hahaha termasuklah saya walaupun kebanyakan waktu saya cuma berambut pendek 2 inci.

Saya pasti ramai pembaca blog ini kenal dan tahu jenama-jenama ini. Rasanya masih ada lagi dan boleh didapati di kedai-kedai tertentu.

Brylcream memang sampai sekarang antara jenama kukuh dalam penggayaan rambut, sampai sekarang ia tetap menjadi antara pilihan utama, berbeza dengan 2 jenama yang lain, tancho dan poken. Tancho masih lagi dapat diperolehi di kedai-kedai runcit biasa, namun poken ... agak sukar ... ntah ada ntah tidak lagi.

Kalau nak tahu, awalnya Poken dan Tancho merupakan produk berasaskan minyak sayuran, bau dia juga bagi sesetengah orang agak tidak menyenangkan ... bau ala-ala rumput gitu. Tapi kalau pakai ... memang rambut nampak berkilat ler ....

Kenapa jenama ini agak terkenal dan menjadi pilihan ramai remaja 80an?

Sebabnya ialah dua jenama minyak rambut ini iaitu Poken dan Tancho adalah jenama yang senang dimiliki atau dengan kata lain harganya cukup murah.

Kebanyakan remaja sekolah memang suka pakai dua jenama ini. Saya antaranyalah .. hehe...

Jenama ini juga memang menjadi minat bagi mereka yang bersekolah asrama penuh. Sekolah asrama penuh waktu tu ramai pelajarnya bukan ada duit sangat, jadi jenama murah inilah yang menjadi pilihan.

Bila ada duit lebih atau dah terima duit Biasiswa Persekutuan barulah mampu beli jenama Brylcream. Jenama ini memang best sebab ia pekat, sedikit je sental pada rambut, dah boleh membuatkan rambut kemas rapi .. rambut panjang pun leh sorok ... hehehe.

Kalau tak pernah tengok rupanya ... di sini saya berikan gambar .. hmm pernah tengok tak?

Minyak rambut pilihan remaja 80 an
Poken
Pomade

Hmm tapi sekrang zaman serba teknologi online ni, rasanya jenama-jenama ini dah boleh dapat secara online samada di laman web shopping Lazada, mahupun Shopee ... pernah beli tak?

16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yang guna poken tu..memang keras rambut kan?haha

    BalasPadam
  2. minyak rambut jenama tanco n brylcreem ade saya guna.. kira ok gak la..
    Aku kena marah ngan bos

    BalasPadam
  3. dah lama tak dengar GQ... dulu memang popular....

    BalasPadam
  4. ingatkan ape la tancho 2..tp rupa2nya kwn EE ada pakai...Poken tu mmg selalu tgk sbb abg EE pakai..bau mmg pening satu kepala..

    BalasPadam
  5. pernah guna brylcream je dulu... skrg da tak guna... hee~

    BalasPadam
  6. bau tancho tu mmg xleh blah ar kn..nk muntah darah baunye..huhuhu

    BalasPadam
  7. tolong la,,kat mane ade jual POKEN??miss sangat2

    BalasPadam
  8. berapa harga pokan disitu

    BalasPadam
  9. abang2 saya guna poken, fuh dia punya pacak tu mmg still standing dari pagi ke petang! haha.

    BalasPadam
  10. abang2 saya guna poken, fuh dia punya pacak tu mmg still standing dari pagi ke petang! haha.

    BalasPadam
  11. Yaaa Suami Saya dulu pakai Tancho tu haaa Tuan... Ya Allah time dating kemain kuat bau minyak rambut dia, sampai terbawa ke dalam mimpi sehari tak jumpa hahahaha
    Tapi sekarang masih ada jual kan, cuma budak sekarang mana nak pakai..derang guna Pomed hehehe

    BalasPadam
  12. Pomade tancho tu saya pernah pakai.susah nak buka mahu balik2 sabun baru hilang tapi baunya tetap melekat di rambut

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement