As-Salam.
Anda dah baca apa yang Ariff Shah perkatakan tentang bagaimana dia berjaya menarik lebih dari 50 ribu pageviews hanya dari satu entri? Tak baca? Ishhh ... sengal bahu saya do print screen suruh korang baca apa yang dia tulis tu .... well tak apalah. Saya ada cerita tentangnya di sini: KLIK SINI.

Dari pemahaman saya menerusi pembacaan yang tanpa kamus di sisi, saya dapati apa yang Ariff Shah buat menerusi entrinya itu adalah sangat menakjubkan. Dan perkara yang paling penting sekali, ialah ... bagaimana posting tersebut telah mendapat sambutan yang hebat sehingga ia telah menjadi antara salah satu sumber informasi terkini dalam laman web twitter.

Ariff Shah telah dengan bijaknya membantu seorang rakannya yang terbabit secara serius dengan tragedi serta krisis yang telah melanda Mesir. Entrinya simple, hanya copy paste apa yang ditulis dan jadikan ia satu entri dalam blog masing-masing. Dan dari copy paste itu, antara blogger mereka berkongsi informasi terkini mengenai apa yang berlaku. 

Sapa kata entri copy paste tak diterima? Sapa kata entri copy paste itu murahan? Ini menunjukkan bahawa perkongsian bijak menerusi copy-paste - sebijik2 tiru nih ... telah mendapat sambutan, dan sememangnya jika kita sudi berkongsi dan membenarkan orang lain untuk berkongsi apa yang kita tahu, tak mustahil kita akan mendapat habuan yang kita tak sangka.

Buat pengetahuan, Ariff Shah tidak sedikit pun meminta para blogger yang 'cetak rompak' penulisan entrinya itu dikreditkan kepadanya, tetapi atas dasar tanggungjawab dan saling hormat, blog2 yang membuat posting serupa memberikan kredit dan backlinks secara percuma kepada blog Ariff Shah.

Jadi, perhalusi niat anda dalam blogging ini. Bila kita rasa agak sukar untuk adaptasi konsep sharing .... maka .... anda perlu pandang balik paparan blog anda dari mula. Apa yang anda ingin capai? Apa yang blog anda ingin sampaikan? Adakah ianya hanya untuk diri anda sahaja? Atau anda mencipta blog ini untuk dibaca oleh orang lain dan berkongsi rasa dan perasaan yang sama? 

Maaf kalau pendapat saya ini tidak diterima oleh sesetengah blogger, tapi bagi saya, sejak saya mula berblogging ..... isu copy paste ini hanyalah isu yang baru dibangkitkan oleh mereka yang merasakan idea dan kekreativiti diciplak semata-mata untuk menarik trafik. Tak salahkan mereka, tetapi buat mereka yang dok buat copy-paste ni, harap2 faham dan hargai mereka yang dah penat lelah menulis. Bagi saya, tiada masalah untuk copy paste apa yang terkandung dalam blog Bangku Kosong. Saya ok. :)

Dah tentu ia mesti bertujuan baik. Jangan putar belit dah ler nanti ada orang marah.

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nice sharing... tQ.. klu ak takda idea, ak dtng copy dr sini la yea.. hahhaha..

    ReplyDelete
  2. Apa yang umi belajar, bila kita permudahkan urusan orang lain, urusan kita juga dipermudahkan seperti isu copy-paste juga..tapi itu hak individu kan? kita hanya berusaha untuk menjadi yang terbaik dengan cara masing2..

    Entry terbaru : Rintihan Diari seorang ibu Part 3

    ReplyDelete
  3. @TrigYy Ok. No harm done .... dah biasa dicopy paste pun .. :) Dunia ini bukan mutlak kita punya. Ilmu pun ilmu pinjaman so tak perlu nak megah mana. Tak gitu?

    ReplyDelete
  4. as salama..
    sharing itu caring .. hehe..
    ok lah tuh.. dgn copy paste jugak semakin ramai yang tahu..
    nice~

    ReplyDelete
  5. terima kasih sharing di sini :)

    kalau tau dah copy paste org punye kena la fikir sendiri baik n buruk..x kena byr pon klau backlink tuan empunya isi..org selfish je yg mcm tu

    ReplyDelete
  6. haha nice! nak copy entry ni boleh? hehe gurau je..

    emmm yeke..bgs la ariff shah tu.tak sangka ea dgn hasil copy paste info mcm tu leh untungkan dia..emm

    ReplyDelete
  7. @Cik Aish Tengok apa tujuan dia .. niat dan tujuan dia tu yang penting, dan tengok apa hasilnya dari niatnya tu?

    ReplyDelete
  8. baru ja buat entry pasai copy paste.. sedey seb ada org buat note dalam page fb then ngaku dgn bangganya hasil dia.. sedang motivasikan diri sendri supaya kena rileks dan jgn cepat gelabah.. entry neh buat sy semangat balek bro..

    ReplyDelete
  9. betul tu apa salahnya kita berkongsi ilmu, yang penting mesej yg hendak kita sampaikan tu ikhlas. Tapi kalau dh C n P tu pandai2 la kasi kredit kat tuannya... ekk..

    ReplyDelete
  10. betul2. saye setuju dgn en.hasrul.
    copy paste bukan isu originality atau ape2.
    kate sharing is caring..
    cume da copy tu, jgn la buat2 mcm sendiri yg tulis.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement