Pernah baca entri, tentang panggilan dari sayang bertukar menjadi ... yang ... dan kemudian ..mama ... dan kemudian maknya ... dan kemudian ... dok panggil Cik Tipahh oiii ... hmmm saya pernah buat entri gini, bagaimana masa telah mengubah sebuah perkahwinan dan sebuah rumahtangga itu menjadi semakin lama semakin kurang romantis.
Tips Mencipta Saat-Saat Romantis Bersama Pasangan
Bercerita Di Bilik Tidur
Kisah cerita lama yang mencuit hati sering sahaja membawa keceriaan dan membangkit emosi girang. Tak salah pun mengenangkan kisah lama. Mungkin ada butiran yang sebelum ini anda terlupa nak beritahu, maka saat-saat inilah untuk anda kenang kembali. Seronok kadangkala bercerita kisah zaman remaja dan waktu kecil. Percayalah, memang tak jemu walaupun dah diceritakan berulang kali. Saya dan isteri sering je bercerita tentang kehidupan susah kami dulu, malah banyak cerita memang menggelikan hati. Dan dengan mengingatkan kembali, selain terhibur, ada perilaku romantis yang tak kita sedari.Berkelah Bersama
Sesekali, pergilah meluangkan masa berdua. Berkelah adalah salah satu caranya.... berdua tanpa anak-anak. Kalau tak dapat tidak, ajaklah pasangan anda untuk bersarapan bersama di luar. Makan malam lebih baik .... :) dan tentunya ia lebih romantis. Makan char kuew teow di gerai pun dah menjadi. Aii .. takkan masa sebelum kawin je berdating? Hehehehe....Menonton DVD
Hujung minggu yang bosan boleh je dimeriahkan dengan menonton DVD. Pilih je apa cerita yang menarik minat kedua-duanya, janganlah pilih cerita syok sendiri. Menonton bersama di rumah, berdua ... dengan suasana yang aman .... pasti akan menjadikan ia malam istimewa, walaupun hanya dengan menonton kisah atau cerita 'Tiga Abdul"!!Mandi Bersama
Kebanyakkan pasangan jarang melakukan aktiviti ini, tetapi menurut pelbagai kajian, ia merupakan antara aktiviti paling romantis antara kedua pasangan. Anda boleh cuba ... itupun kalau bilik air anda cukup besar untuk memuatkan anda dan pasangan anda .. heheheheeAlunan Muzik
Sesekali dalam waktu bersenggang bersama, cuba perdengarkan dendangan lagu yang lunak dan merdu. Muzik dipercayai boleh mententeramkan jiwa, dan memberikan stimulasi kepada perasaan kita. Lagu-lagu romantis ada banyak di pasaran, saranan saya .. boleh cuba layan lagu iinstrumental.Duduk Berdua Di Rumah
Aha .. ini paling simple... lepak dan bersantai berdua je di rumah. Anak-anak pandai-pandailah suruh ikut pak sedara ke .. cousin ke ... pergi mana2 ... pastikan mereka keluar cukup lama untuk anda dan pasangan anda menikmati masa berkualiti bersama. Tak perlu buat apa .. lepak-lepak ... duduk bersembang .... kadangkala boleh mengeratkan keintiman.Rawatan Istimewa
Hmm tak ramai yang fikirkan ia perlu. Kalau anda seorang yang bertuah, pasangan anda mungkin menjadi tukang urut paling baik dan istimewa dalam hidup anda, tak perlu ke SPA atau pusat urut kaki yang ada. Isteri atau suami boleh menjadi tukang urut peribadi anda! Bukan setakat urutan, rawatan istimewa selainnya adalah seperti memotong kuku pasangan anda, cabut uban pasangan anda, malah picit jerawat pun boleh membibitkan suasana intim dan romantis. Cubalah ... saya dah!Sumber Idea: Mingguan Wanita Keluaran Oktober 2009
Hasrul pernah tak baca "Aku terima nikahnya"? by Hasrizal Abdul Jamil
ReplyDelete"prince dtg melawat sahabat2..korang sudi tak lawat prince balik ??"
ReplyDeleteyeke?sori ye..sy x tau yang abg dah buat entry tu dulu..
leez dah try sume xcept alunan muzik. yg len2 mmg alhamdulillah.. sgt m'eratkan hubungan.. alunan muzik plak baru nak try! nak try layan lagu2 sentimental xhengat plak sbb kitorang jenis hangky-pangky yg sker lagu2 catchy goyang kepala goyang.. la3.. ha3..
ReplyDeletetak aci. saya belum berumahtangga untuk mencipta saat romantis.
ReplyDeleteapa pun, terima kasih mungkin boleh search archive blog ni masa saya dah kawin nanti.
@Fitri Senin Hmmm belum .. kenapa yer?
ReplyDelete@Fitri Senin Saiful Islam?
ReplyDelete@pRiNCe Ohh tak mengapalah, saya pun ambil dari satu forum ni ... actually ramai dah buat entri beckham ngan petai ni ...
ReplyDeletesy sokong sgt kate2 u ne~
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.