As-Salam.
Panduan Menulis Blog - Dalam menyediakan blog, ia perlukan citarasa. Citarasa pula tak sama antara anda dan orang sebelah anda, begitu juga dengan pembaca anda. Anda perlukan target pembaca ... anda perlu tarik pengunjung yang berminat dengan entri anda untuk menjadi pembaca setia blog anda.

Blog yang bercitarasa selalunya tampak molek, tampak kemas, tersusun dan rapi. Entrinya juga tak berterabur macam blog ini. Mesti ada kategori2 yang dah dibuat, dan dikumpulkan dengan sepatutnya. Blog bercitarasa ada warna, blog yang bercitarasa ada lenggok bahasa yang memikat. 

Ya benar, citarasa memasing memang tak sama. Nak komen pasal citarasa pun sebenarnya agak abstrak. Ibaratkan buah, anda tak dapat nak kata antara buah tembikai, buah oren, buah epal dan buah durian mana yang paling sedap ..... kerana lain orang lain tahap citarasa. Sah-sah Joseph Abraham tak suka akan durian, sebab baunya yang busuk telah menyekat rasa sampai ke tekak. Gitulah juga dengan epal yang pastinya bukan pilihan buat mereka yang bergigi dua.

Citarasa anda perlu konsisten semasa berblogging. Kalau anda abaikan rasa dalam blog, maka blog anda akan kelihatan boring je. Macam mana nak dapatkan citarasa dalam blog? HMm anda tengok manakah entri yang paling digemari, paling banyak dikomen .. maka itulah citarasa blog anda .... kerana komen itu menunjukkan ada pembaca ingin berkongsi rasa yang sama - walaupun kadangkala ia menolak rasa yang anda cuba sampaikan - tidak bersetuju dengan entri anda, tetapi dia telah kemukakan rasanya.

Lihat balik metafora buah tadi, semua orang suka buah ... tapi buah apa ... pasti tak sama. Jadi blog anda menyediakan citarasa yang ada peminat sendiri, tetapi antara banyak pasti ada yang paling menonjol. Buatlah entri am yang mengkhususkan citarasa tadi, tetapi highlight apa yang paling ramai orang suka!

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hehe kadang kadang apa yang kita tulis tak sama pendapat dengan org lain :)

    ReplyDelete
  2. saya suka tengok pendapat orang dan yang baik boleh ambik, yang buruk, buang jauh2...

    ReplyDelete
  3. ooo macam tu ke....huhuhu....Insy Allah....aku akan cuba buat....huhuh...

    Cadangan:
    Apa kata, awak buat satu segman, ajak rakan2..p ke blog orang lain...dan comment mengenai blognya...jadi dia tahu akan kelemahannya dan kekurangannya...selain tu,dapat mengeratkan siraturahim, dapat tingkatkan trafik, maybe follow org tu....kan...Insy Allah.

    Idea dari http://cayob.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. hmmmmmm satu pendapat yang baik, kadang2 saya pun tak ada idea sangat nak update blog. bahasa masih lagi tak tersusun, kena banyak belajar lagi.
    terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement