Siapa sini suka makan Petai? Saya sendiri bukanlah penggemar Petai, tetapi kadang makan juga .. nak-nak lagi kalau Petai dijadikan sebahagian Sambal Tumis. Emak saya antara yang suka makan Petai, katanya elok untuk kesihatan serta untuk awek muda. Emak saya kadang makan ratah gitu je sebagai ulam.

Cubalah Makan Petai Bersalut Coklat

Cubalah Makan Petai Bersalut Coklat
Huhu.. dulu, saya tak berapa suka dengan orang yang makan Petai ni. Dah la membuatkan bau mulut busuk, kalau ke tandas .. dok bau hancing je .. aduh. Tapi, saya bukanlah jenis yang nak kondem orang yang suka makan Petai ni. Seperti saya katakan tadi, saya makan juga Petai sesekali.

Kalau ditanya pada orang-orang tua, memang mereka akan kata bahawa Petai adalah makanan yang penuh khasiat. Tapi, bila ditanya betul-betul, macam blur je nak bagitahu khasiat Petai ni secara khusus, alih-alih yang selalu diberikan ialah Petai baik untuk mereka yang nak kelihatan muda lawa.

Allah S.W.T tidak menjadikan sesuatu itu tanpa manfaatnya. Macam buah Durian .. bau busuk (pada sesetengah orang) tapi ... dapat makan isinya yang kuning, berlemak dan tebal .. fuh heaven in earth gitu.

Lupakan petua orang tua-tua, biar saya berikan sesuatu yang lebih berfakta untuk diambil ilmu pengetahuannya - mengenai khasiat Petai.

5 Khasiat Memakan Petai

Antara manfaat kesihatan yang boleh kita dapat jika makan petai ialah:
  1. Kurangkan risiko strok. Menerusi penelitian dalam The New England Journal of Medicine, didapati amalan memakan petai setiap hari boleh mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.
  2. Nak berhenti merokok? Cuba makan petai dengan lebih kerap. Didapati kandungan vitamin B6, B12, Kalium dan Magnesium yang terdapat dalam petai boleh membantu tubuh sembuh daripada ketagihan nikotin.
  3. Kandungan zat besi adalah tinggi dalam petai, maka ia berupaya untuk stimulasi pembentukan sel darah merah.
  4. Serat yang tinggi dalam petai boleh membantu mereka yang menghadapi masalah sembelit. Serat membantu dalam proses pencernaan di dalam tubuh badan.
  5. Makan petai bersalut coklat! Hmm saya tak pasti ada resepi mengenainya, tetapi menurut kajian, jika anda makan coklat untuk hilangkan stress, anda mungkin berhadapan dengan masalah kegemukan, tetapi jika makan petai, anda boleh mengatasi masalah kegemukkan, so buat penggemar coklat, apa kata makan petai disamping coklat atau buat je petai bersalut coklat!

Amacam? point nombor lima memang rare gitu ... tak pernah lagi saya nampak orang buat Petai salut coklat.

Sumber: Majalah Harmoni Keluaran Januari 2008

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. rugilah HH tak makan petai...
    sedaplah dan banyak khasiat!
    Mas paling suka sambal tumis petai ikan bilis..memang maveles!

    BalasPadam
  2. @mas saari Uhh saya makan la .. cuma tak la kerap macam nak makan hari2 ... bukan feveret ... :)

    BalasPadam
  3. saye hantu petai!!!
    salah satu cara awet mude
    makan petai okehhh!!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..
    hehe..seimbang..idea bgs tu..
    tp sy lgsg xprnah makan petai selama ni..
    mungkin suatu masa nanti.

    BalasPadam
  5. lepas makan.. kene dok jauh jauh dr orang sebab kalau angin terlepassss .. aduss ... hahahaha

    BalasPadam
  6. wah.. macam mana la rasa dia tu makan petai mix dengan coklet ye??

    nasiblah aku makan2x coklet tp tak menghadapi masalah kegemukan..

    muehehehehe *ketawa bahagia ^___^

    BalasPadam
  7. hahha..
    saye x pernah makan petai..
    bau je dah buat saye muntah..
    haha

    BalasPadam
  8. petai bagus untuk kesihatan..tp tak bagus jika mkn berlebihan boleh merosakan buah pinggang..

    BalasPadam
  9. Sudah macam-macam jenis makanan ye sekarang nie. Ais krim pasu lah, karipap cheese la.. rakyat malaysia sememangnya kreatif.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement