Salam.
Kalau dalam dunia nyata, kalau ikut hukum hudud - hukum pembalasan, kalau mencuri kena potong tangan. Kalau ikut hukum yang lebih liberal, potong tangan tak ada, tapi boleh kena penjara. Tu kalau curi sabun kat pasaraya, atau curi duit kat mesin ATM ... ataupun curi buku komik lucah kat kedai majalah. Oppsss .... hehehe....

Tapi bagaimana dalam dunia blog ini? Bagaimana dikatakan mencuri? Aha ... secara simple, mencuri dalam dunia blog adalah ..... bila kita buat entri, entri kita tu bukan original kita punya .... dan kita langsung tak berikan backlink kepada entri yang kita 'curik' tadi. Kalau ada beri backlink, maknanya kita berkongsi. Hmmm .... dan satu lagi .... kalau nak berkongsi entri, ada caranya ... sebagai contoh; cuba anda baca entri ini  yang ditulis oleh seorang blogger lain yang juga boleh dikatakan sebagai seorang selebriti la jugak: 4 Petua Memilih Fesyen Kardigan.dan blogger ini ambil petua tu ditampal pada blognya hasil dari entri ini: Klik Sini.

Ok, cuba teliti apa yang berlaku .... saya buat posting tentang fesyen kardigan tu, yang saya ambil dari satu artikel ... cuma olahan awal saya buat dengan ayat saya sendiri, saya nyatakan dalam entri saya, di mana saya ambil petua yang dimuatkan dalam entri saya, kemudian ... saya komen di ruangan komen blog blogger tersebut. Bagaimana caranya? Klik Sini

Dari satu perkongsian ke satu perkongsian ...hasilnya trafik ... serius saya dapat trafik yang lebat dari blog blogger ini.
Dan kalau anda tgk balik, saya mohon permission kat tuan punya badan untuk gunakan gambarnya dalam entri saya tu .. ohhh ..bukan main suka2 je weiihhh .. tak leh... so kalau main copy dan letak, apatah lagi gambar ... tu leh kira curik sebab gambar boleh dikatakan sebagai hak peribadi yang sepatutnya kita faham - dengan akal yang telah diberikan kepada kita.

Jadi, harapnya blogger2 yang sedia baca entri ini, jangan buat kerja curi dalam membuat entri. Berikan apa yang sepatutnya dapat oleh blogger tersebut ... jikalau tidak kerana entrinya tu .. anda pun takkan ada entri di blog anda.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. x baik2 curi2....usaha sendiri lah kannnnn...kongsi x pe..:)

    ReplyDelete
  2. hidup nie kena ada adab kan? even kat alam maya nie...

    ReplyDelete
  3. betul tu... belum masuk lagi yang mereka ambil entri masuk dalam fb la, myspace, ade jugak yang buat assigment tp claim original daripada diri sendri.. tapi hakikat... selalu right click and copy paste dari blog dan website..

    ReplyDelete
  4. Bekongsilah dengan cara yang berhemah..

    ReplyDelete
  5. kena cuba bina ayat sendiri lepas ni...

    ReplyDelete
  6. blom cuba lagi, sebab tak reti Ahaks !

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement