Salam.
Kita manusia sering sahaja mudah tertarik dengan benda yang punyai 3 kriteria ini: Besar, Cantik dan Bergaya. Malah saya sendiri sukakan kriteria yang disebut .... siapa tak suka jika ada rumah besar, kereta besar dan wang besar .. hehehe... begitu juga dengan cantik, ada ke yang tak suka dengan rumah cantik, baju cantik, badan cantik? Uhh tipulah kalau kata tak suka ....  bila ada peluang pasti berebut nak dapatkan yang besar dan cantik.

Yang bergaya juga sering menjadi penambat hati kita. Kita pasti pandang 2-3 kali jika si jejaka atau si cantik bergaya lalu di seberang jalan sana. Mata kita juga sering terpaut bila melihat kereta bergaya, jam tangan bergaya, beg sandang bergaya ... malah stokin yang bergaya pun .... akan ada mata yang memandang.

Cuba anda bayangkan situasi ini:
Saya memandu di lebuhraya. Kereta saya kereta Perodua Kelisa. Kereta saya baru je dicuci kat kedai cuci kereta di sebelah rumah, dengan harga RM8. Kereta kecil saya tampak bergaya dan cantik. Suka? Tentulah.

Mana tak suka memandu kereta yang dah cantik dan nampak bergaya. Kembang-kembang memandu di lorong paling kanan sambil memotong kereta Proton Saga yang kalernya dah lusuh. Kemudian, tetiba dok memotong kereta Proton Saga tu, ada high beam diberikan pada saya dari arah belakang. Ada sebuah kereta Nissan Murano yang perghhh memang berkali lagi besar dari Kelisa saya, sedang cuba untuk memintas.

Saya tanpa teragak-agak, terkedu-kedu masuk balik ke lorong kiri. Di situ saya memberikan laluan mudah buat kereta besar itu memotong dengan penuh gaya. Laju. Besar. Hati saya tertarik.

Kemudian, saya tiba di satu destinasi, betul-betul di hadapan sebuah hotel bertaraf lima bintang. Anehnya, sukar saya dapatkan parking buat kereta Kelisa saya, walaupun nampak banyak ruang yang boleh diisi. Si penjaga pintu hotel tak berikan saya kebenaran untuk parking di depan hotel, dimintanya saya parkir kereta di laluan seberang atau setidaknya parkir di basement hotel, yang jauh dari penglihatan mata ramai. Tak layak kot kereta saya parkir di hadapan hotel lima bintang ini.

Dan sebuah kereta besar yang ada lambang bintang di depannya, meluru masuk ke ruang depan. Lalu keluarlah seorang perempuan cantik, potongan badan memang bergetah dari kereta tersebut. Dibuka bonet, dikeluarkan bagasi yang ada. Hmm hebat betul ..... kereta itupun diparkir di hadapan hotel. Betul2 di pintu masuk ....

Dan sekarang anda bayangkan situasi ini pula:
Saya sedang memandu kereta Mitsubishi Lancer GT di lebuhraya. Saya senang memandu tanpa perlu risau untuk memberikan isyarat memotong. Ntah kenapa, bila memandu kereta saya di lebuhraya, saya terasa seperti raja ... semua kenderaan memberikan laluan mudah untuk saya. Walhal, saya cuma ingin memotong dan ingin sampai ke destinasi seperti yang lain juga. 

Dan peliknya, apabila saya berada di lorong sebelah kiri, ada kereta sanggup membiarkan kereta mereka ke lorong kecemasan... sedangkan saya boleh saja ke kanan untuk memotong. Hairan. Mengapa diberikan sebegini penghormatan? Saya memang suka mengekori kereta kerana bukan apa, di kawasan tersebut saya tak tahu arah tuju.

Begitulah kita bila minda kita telah disetkan bahawa yang besar, yang cantik dan yang bergaya itu perlu lebih dihormati dari yang lain. Kita lebih menghormati mereka yang berkereta besar, sedangkan sebenarnya kereta itu cuma bertukar tuannya sahaja yang sebelum ini pernah juga memandu kereta Perodua Kancil yang jauh lebih kecil dari Perodua Kelisa!

*p.s: Alamak ... panjang pula entri ini, tapi saya harap anda dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yang itu mungkin kuasa namanya.

    ReplyDelete
  2. betul2. Yun setuju tu. Semua yg kita tertarik.. semua y indah & menarik shj. Lumrah kehidupan. Tapi berpada-pada la kan. hehe.. ^__^

    ReplyDelete
  3. tak semestinya kaya mereka bahagia kan:)

    ReplyDelete
  4. biase le tu serupa la kalau kita masuk kedai hebat tapi tengok pakai selipar & seluar pendek je..confirm sales girl buat dek jer...cuba pakai ala2 vogue gitu confirm sales girl dtg dekat...manusia memang camtu yg besar diagungkan..apa ingat kita ni koman sangat ke..he..tetiba lak emo...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement