Sebelum ini saya ada menceritakan mengenai kisah dan sejarah Kerajaan Rom, yang kemudian menjadi Republik dan membentuk Empayar Rom yang sangat terkenal. Malah kesan peninggalan kerajaan agung ini dapat dilihat sampai sekarang - Siri Kisah Kerajaan Agung Dunia - Kerajaan ROM

Untuk entri kali ini, saya nak kongsikan sedikit fakta hangat mengenai kerajaan yang tidak kurang hebatnya dalam Tamadun Dunia iaitu Kerajaan Monggol.
Siri Kisah Kerajaan Agung di Dunia - Kerajaan Monggol

Siri Kisah Kerajaan Agung Dunia - Kerajaan Monggol

Ianya merupakan sebuah kerajaan yang hebat, di mana kemunculan seorang lelaki dari kalangan orang gasar dan nomad Monggolia telah menyatukan seluruh bangsanya dan menjadikan golongan atau masyarakat nomad ini antara bangsa yang dikagumi dunia! Malah banyak kisah sejarah mengenai kehebatan kerajaan ini samada difilemkan atau diceritakan.
Temujin dikenali sebagai Khan Pertama Monggol - Genghis Khan
Semuanya, bermula ketika Temujin (yang kemudian dikenali sebagai Genghis Khan), bersumpah di masa mudanya untuk menakluk dunia di bawah kakinya. Tindakan pertamanya adalah menyatukan suku-suku Mongolia di China dan diperintah di bawah satu ketua - Khan. Kerajaan ini amat besar dan luas merentang dari Vietnam ke Hungari. Mengikut sejarah, ia merupakan kerajaan terbesar dalam sejarah umat manusia.

Sayangnya kerajaan ini terlalu besar untuk dikawal, dan tidak ada penyatuan di antara budaya yang berbeza. Mongol adalah pejuang yang tak kenal takut dan kejam, namun mempunyai sedikit pengalaman dalam pentadbiran. Gambaran dari Mongol adalah orang brutal dan buas dapat dikenali melalui sejarah.

Genghis Khan

Genghis Khas - Pemerintah dan Pengasas Kerajaan Monggol
Secara faktanya, Temujin atau lebih dikenali sebagai Genghis Khan ini dilahirkan pada 31 Mei 1162 di Borjigin Temüjin. Dia mati pada 25 Ogos 1227. Dia mempunyai 4 orang adik beradik iaitu Khasar (atau Qasar), Khajiun dan Temüge, serta adik perempuan bernama Temülen. Selain itu dia ada 2 orang adik angkat bernama Bekhter dan Belgutei.

Genghis Khan adalah orang yang bertanggungjawab menerima pakai manuskrip Uyghur sebagai asas sistem penulisan dalam kerajaannya. Dia juga memperkenalkan toleransi agama dalam empayarnya. Dan oleh kerana jasanya yang besar dalam menyatukan masyarakat nomad ... dia digelar Bapa Mongolia.

Untuk lebih info, anda boleh baca di sini dan di sini.

Kredit: History of China

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. genghis khan ni termasuk dalam 100 individu berpengaruh di dunia utk sepanjang zaman dalam sebuah buku yg ditulis oleh org bukan Muslim yg melabel Muhammad sebagai yg plg berpengaruh.

    BalasPadam
  2. hmmm mungkin masih banyak yang kurang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement