As-Salam. Bukan baru, tetapi dah lama berlaku cuma sekarang kita baru sedar (kot). Gejala ini gejala mengundang bala. Tak faham bagaimana boleh suka sama suka sesama sejenis. Normal ke kalau sesama jenis bercinta? Naluri songsang ..... ishhh mintak dijauhkan.

Memetik berita dari KOSMO! Online:

KUALA LUMPUR – Kegiatan seks songsang melibatkan golongan gay di Malaysia kini semakin berleluasa berikutan wujudnya sebuah laman sesawang yang dijadikan medium oleh golongan itu untuk mencari pasangan masing-masing.

Laman sesawang yang beroperasi di Amsterdam, Belanda itu turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video lucah, majalah dan khidmat teman sosial.

Lebih mengejutkan, laman sesawang yang dilayari oleh kira-kira 65,000 pengunjung sehari itu turut menyenaraikan kelab-kelab khusus untuk golongan gay dari luar negara yang ingin berkunjung ke Malaysia.

Ia turut menyediakan khidmat tukang urut tempatan, lengkap dengan alamat dan nombor telefon.

Golongan terbabit yang mendaftar menerusi laman sesawang itu secara percuma boleh memuat turun aksi mengghairahkan dan berinteraksi dengan ahli secara langsung.

Wartawan Kosmo! mendapati ramai golongan gay dari Malaysia menjadi ahli dalam laman sesawang tersebut menerusi lebih 30 pelawaan yang dihantar melalui laman berkenaan.

Mungkin mereka lupa akan sejarah lama, mungkin golongan ini terasa kebal akan dosa dan pahala. Mereka bukan tak tahu beza mana baik dan buruk. Mereka kata - ini suratan takdir .... ye ke? Bukankah ia sebagai dugaan untuk menguji keimanan? Tidak terfikirkah mereka bahawa mereka dipilih untuk dimantapkan iman mereka? Tidakkah mereka tahu bahawa seandainya mereka silap langkah .. mereka tidak akan merasa bau syurga? Apa yang mereka cari? Kelazatan yang ntah apa-apa ... yang tak kekal?

Saya berharap agar golongan ini diberikan hidayah, dan didoakan semoga mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Ini adalah salah. Ia nyata dan terang. Ia melanggar hukum alam. Walau apapun alasan, mereka seharusnya tahu ... manusia itu dijadikan berpasangan berlainan jantina!

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam...

    xserik2 dgn dosa.. ke diorg ni nak tunggu Allah turunkan bala bencana mcm zaman Nabi Luth dulu??

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement