As-Salam.
Jadi Blogger Tegar
Bukan isu pun, dan bukan nak dijadikan isu ... tetapi saja suka nak beri ingat, bukan apa .. takut nanti jadi sesuatu yang tak elok kelak .... naya je. Ini juga sebagai nak buat ingatan untuk diri sendiri.

Saya bukan blogger tegar, anda? Hmm kalau pun blogger tegar, mesti nak ada masa untuk buat benda lain. Tak leh la nak ngadap blog 24 jam ye tak? Ada ke jenis camtu ... hmmm setakat yang saya tahu, tak adalah kot. Kalau yang ada tu ... twitterer tegar adalah .... mana tak tegar, hampir setiap gerakan dan perilaku dok tweet ... 

Alkisah tweet kehidupan seharian, bangun tidur tweet, mandi pun tweet, pakai sabun apa pun tweet, lap badan guna tuala kaler merah pun tweet, breakfast telur separuh masak pun tweet .. aha .. yang ni leh kira tegar. 

Blogger ... ada ke wat camni? Tak ada la kot .. blogging nih kena guna akal, kena guna gaya, tak leh main belasah je .... kena tulis elok2, perlu baca dua tiga kali, pastu kena edit kalau perlu. Bukan apa ... silap tulis, nanti bawak bencana. Lagi-lagi pasal fakta, pasal info ... silap bagi fakta, silap bagi info, nanti orang yang baca yang kena, jadi anda perlu bertanggungjawab.

Ada masa, blog perlu direhatkan supaya beri masa untuk orang lain geledah apa yang ada dalam blog kita, baca entri2 yang menarik. Blog yang sentiasa hidup ialah blog yang sentiasa memberikan info yang segar dan orang kata tak lapuk dek zaman. Sepanjang masa leh je dibaca, tak macam berita .... hari ni baca ... esok dah leh dianggap basi dah.

Tulis Entri Harian Yang Bermaklumat
Hmm saya pun tak ketinggalan buat entri yang tak berapa nak umpph .... hanya sesuai dibaca pada ketika itu je, lain masa tak best, jadi apa yang boleh kita buat, di sebalik entri yang menyajikan kisah seharian, kita selitkan juga perkara yang boleh dijadikan pedoman sepanjang zaman. :)

Petua dan tips seharian boleh je diselitkan, tak semestinya kita kena tulis tajuk "Lapan Tips ....." atau "Meh Kenali 5 Cara ..." .... Buat tajuk macam "Hari Ini Makan Nasi Goreng Ayam ..." leh je tapi dalam entri tu letakla cara atau petua nak buat ayam ranggup ke, atau petua jangan bagi nasi keras ke .. gitu2 lah ....

Aha .. nampak .... ini pun dah kasik tips secara tak langsung sedangkan tajuknya tak pun cakap pasal nak cerita petua atau tips. Nak bagi enjin carian senang carik, cuba bold atau underline perkara tu dalam entri. InsyaAllah ... ia akan membantu.

12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum. Nice info pepagi ni.. ^__^

    ReplyDelete
  2. nice info @HH, klu kita tulis yg berinfomasi tak lekang di zaman bile2 pon kte ley ping untuk pembaca tu baca kan.... hehe
    salam taotauajer...selamat bercuti

    ReplyDelete
  3. wnice info...thanks..fiera ni tgh xde mood nk update nape ntah..boleh bagi fiera kate-kate semangat..=)

    ReplyDelete
  4. hiks..twitter best.. =)

    info yang bagus lah

    tolong vote Danial boleh..?
    klik je link ni n like danial

    thanks =)

    ReplyDelete
  5. thanks info ni..agak agak entry aku ni berinfo ke tak..huhu..

    ReplyDelete
  6. entri yang sangat bermanfaat.setuju sangat2 dengan entri ni..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement