Salam.
Kita perlu ada anjakan paradigma. Tak leh nak merasa benda sama terlalu lama, mesti ada perkara yang menunjukkan kita dah maju setapak ke depan. Kalau kita yakin, semuanya boleh buat. Apa yang bakal berlaku di kemudian hari, kita dah siap siaga dah.  

Kadangkala kita mesti berani lebih sedikit dari biasa sebab kita nak mencuba benda baru. Ya, tak cukup ilmu di dada, tetapi kita takkan dapat ilmu kalau kita dok asyik duduk di bawah tempurung. Kita mesti berusaha, kita mesti mencuba. Tak cuba takkan tahu punya.

Ada seorang guru pernah berkata pada saya, jika ingin mengukur kejaayan, lihat ini:

Tatkala kau kecewa, lihat orang lain yang lebih teruk merasai kekecewaan dari kau ...jadi bersyukurlah, tatkala kau mengecap kejayaan ... tengok pula mereka yang dah lebih berjaya dari kau ...maka berusahalah.

Jadi, cakap guru saya tu memang elok dijadikan sebagai satu panduan memotivasikan diri. Kita tak boleh berasa puas terhadap sesuatu. Kita perlu tampak berjaya, dan berusaha untuk memajukan diri dalam apa jua bidang. Tak dapat banyak ...sikit pun jadi ....jangan tiada langsung. Dan  .... oh ya, jangan terburu-buru, biar bertatih tetapi kelak tegap berlari, dari terus nak melompat tetapi dok terjatuh sana sini.

Blog ini, alhamdulillah ... saya dah berjaya dapatkan nama domain sendiri. Mungkin selepas ini, dengan bantuan anda semua ...blog ini leh ada hosting sendiri pula .... :) 

Bila dah nama lain ni, terpaksalah kerja keras untuk beritahu dah ada perubahan ...kalau tak nanti orang pasti tak tahu, dan mungkin keliru. Saya terpaksa update sana-sini termasuklah laman-laman ping serta direktori-direktori laman web serta blog. Banyak weihhh ...... huhuhu... nanti tak adalah masalah bila taip2 url ..kuar error atau page not found!

Ada yang dok tanya ... apsal tukar2 nama ni .... apsal buat dot com? Hmmm .... sebab ...sebab .... nantilah saya cerita .... apapun .... dalam kehidupan ... kita perlukan anjakan ... dan perubahan ini perlu berlaku!

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement