As-Salam.
Mari .... mari ...mari .... semuanya PERCUMA! Aha .... sapa tak suka benda percuma kan? Saya pun suka ...nipu la kalau tak nak ambik kesempatan dengan benda free. Dan sebagai seorang insan yang serba kekurangan ini, benda free adalah benda yang tersangatlah best.
Jika saya ada duit lebih, mungkin saya akan fikir dua tiga kali, tapi jarangla benda free tak ambik. Saya kalau beli belah barang dapur, benda free yang dapat dengan beli sesuatu produk pasti akan menarik perhatian saya. Jika dulu main sambar je, tapi kini lebih berhati2....sebab tak mahu nanti benda free tu yang elok, tetapi benda yang kena bayar tu yang tak elok - uhh ada kes tau ini macam. Ada gak kes, benda free tu dah tak berapa elok dah ... tapi biasalah ... semuanya taktik, cuma jangan mudah tertipu dah la. Kena lebih cautious gitu.
Mengapa saya sebut pasal benda free nih? Hmm ala .... tentu sekali sebab blogger.com ni la ... benda free, so tentu ada yang bermasalah. Tetapi dalam kes ini, masalah yang dihadapi oleh ramai blogger mcm saya - yang kurang mampu lagi untuk pakai domain dan hosting sendiri ialah tak dapat tidak, kena terima hakikat bahawa apabila bergantung dengan benda percuma - tak boleh nak berteriak sakan sangat, melainkan kita bayar. Bila bayar, hak kita lebih ... bila bayar, suara lebih kuat skit didengari.
Namun, blogger.com tangkas. Ada masalah mereka cepat-cepat tanggani, cepat kata mereka, mungkin lambat di sisi kita pula. Kalau katakan mereka tutup langsung ..uh ramai gak yang menangis ni.
Apapun, saya fikir ... kalau anda serius dalam berblogging, dan anda ingin menjana pendapatan dari blog - adalah lebih baik anda cuba usahakan untuk dapatkan domain sendiri. Bukan apa, kalau jadi apa-apa seperti yang berlaku baru-baru ini, anda akan kehilangan kepercayaan pengiklan. Rugi tu. Dua-dua rugi nanti.
Dan blogger.com pun cuba menarik kembali kepercayaan orang untuk stay dengan benda PERCUMA yang mereka tawarkan. Sebab apa? Sebab pengiklan juga, ada sesetengah blog ada letak adsense, dan adsense ini merupakan platform pengiklanan buat Google yang menjadi pemilik Blogger.com. Bukan itu sahaja, ia juga akan effect enjin carian Google, masakan tidak ... jika tetiba ada yang klik pada entri pastu kuar url not found!
So, Google kena kembalikan kepercayaan yang sedikit tercalar akibat insiden yang telah berlaku. Buat anda pula ...bagaimana anda kembalikan kepercayaan kepada orang lain yang baca blog anda? Ohh ya tak ya ... anda guna benda Free dan ianya diselenggara oleh Blogger/Google.... ehh kalau domain sendiri? Hosting sendiri? Sapa ehh yang kena handle jika jadi gitu? Nanti nak persalahkan siapa .... hmmm ... sekadar untuk fikir2. :)
risau jugak masa blogger ada problem. takut habis satu blog hilang. nasib baik dah ok
ReplyDeleteblog hanya suka-suka
ReplyDeletejadi malas nak bazir duit beli domain..hehe
betul2.. skang ni pon tengah consider nk pakai self-hosted. huhu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.