Inilah Raja Gopal ... Foto: Lensahasrul
Salam.
Kata orang kalau wife pergi kursus, maknanya si lelaki erkkk si suami jadi si Arbaen ... pernah tengok citer Arbaen Bujang Kembali? Hehehe... tapi mana ada ... bila wife pergi kursus, si suami kena jaga anak-anak la weihhh ...huhuhu .... mana ada dah nak jadi bujang2 ni .. melainkan memang tak ada anak lagi.

Ya, saya dok jaga 2 orang hero kat umah, wife saya kursus kat Penang .... esok mungkin lepas sholat Jumaat akan join ke sana, pastu lepak kat tempat lain .... dapat booking hotel sehari je sebab semua penuh ... kan ke cuti sekolah!.

Oklah, malam ni saya nak kongsikan sebuah kisah lama .. zaman kerajaan bersultan ni. 

Ini kisah di satu negeri yang amat kaya raya la sultannya. Namun begitu, Sultan ini tidak mempunyai anak lelaki.. Ada anak pompuan je. Dan ketiga-tiga orang tu, memang cantik-cantik belaka. Yang sulung berumur 21 tahun, yang kedua berumur 20 tahun, manakala yang bongsu pulak berumur 19 tahun. Sultan amat berasa dukacita kerana tak ada anak lelaki untuk menggantikan tempatnya. So, dia pun ambil keputusan untuk menikahkan puteri-puterinya satu persatu. Jadi, sultan pun menghantar hulubalang negeri untuk menghebahkan bahawa sesiapa yang ingin mengahwini anak-anaknya sila tampil ke istana.

Jadi, berebut-rebutlah jejaka di seluruh pelosok negeri menyerbu istana untuk meminang. Sultan pun berpesan pada anak-anaknya, 

"Wahai anak-anakku, ayahanda ingin mengahwinkan puteri sulung dan di luar terdapat beberapa pemuda yang ingin melamar. Anakanda-anakanda tengah dan bongsu diminta bersabar kerana sejurus lepas kekanda kamu berkahwin, anakanda yang tengah pula akan dikahwinkan. Begitu jugalah anakanda yang bongsu. Tapi satu sahaja ayahanda pesan, jangan lah kamu bercakap sehingga kamu selesai dan selamat dinikahkan." 

Tuan puteri - tuan puteri semua mengangguk tanda setuju.

Selepas sultan memilih bakal suami untuk anaknya yang sulung, sultan menjemput pemuda tersebut masuk ke kamar puteri-puterinya. Pemuda itu meminta izin daripada sultan untuk ditinggalkan dia sebentar dengan tuan-tuan puteri tersebut kerana katanya ingin berkenalan dengan bakal isterinya. Sultan tersebut bersetuju dengan permintaan pemuda tersebut kerana yakin anak-anaknya tidak akan berkata apa-apa walau sepatah pun. Sultan pun sempat menoleh kearah puteri-puterinya dan kenyit mata sikit tanda mengingatkan pesanannya tadi iaitu takkan berkata apa-apa walau sepatah haram pun.

So, sultan pun meninggalkan pemuda tersebut dengan tiga orang puterinya. Maka pemuda tu pun bertanya la pada puteri bongsu, 

"Yang mana satu bakal menjadi isteri saya nanti? Tuan puteri yang ini kah?". 

Tuan puteri bongsu tetap tidak menjawab. Lalu pemuda pula tanya lagi sekali seraya menggertak, 

"Mungkin tuan puteri malu untuk menjawab soalan saya. Mari kita bernikah sekarang." Apala lagi tuan puteri bongsu pun jadik panik, lalu menjawab;

"Bukhan, bukhan thayaaa la.." 

Pemuda tu terkejut sebab tuan puteri bongsu sengau rupanya, lalu dia dengan keadaan masih terkezutt dia berpaling kepada tuan puteri kedua, dan tuan puteri kedua pun panik jugak.. lantas menyalahi adiknya;

"Kenafha thakapppp.. kan ayahanda thak kathik kitha thakappppp... ". Alamak, yang ini pun sengau juga, bisik hati pemuda tersebut dan dengan berdebar-debar pemuda tu berpaling kepada yang sulung dan mata saling berpandangan, masa seakan terberhenti seketika, lalu yang sulung pun dengan lemah lembut dan perlahan-lahan bercakap, "Nathib baik thaya thak thakapppppp"... .

Dum.!!!.. Pemuda tu pun pengsan!

Moral of the story, lain kali dengar cakap mak pak ... mereka lebih arif! Dan ... ohh saya tidak ada niat nak perlekeh dan permainkan sesiapa ... ini hanya catitan hiburan yang saya ambil dari laman komuniti VF. :)

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement