Salam.
Hubungan dan orientasi komunikasi kita memang semakin berkembang, dan dalam perkembangan itu, kita semakin lama menjauhi nilai murni yang selama ini menjadi ikatan akrab sesama manusia. Saya terfikir tadi, jika dulu ... andai tersesat jalan ... kita akan bertanya pada orang ... dari situ, komunikasi sesama manusia berlaku.

Tapi cuba lihat apa berlaku kini, kita dah tak tanya orang dah ... kita lebih suka guna GPS ... aha ... teknologi telah mengambil alih peranan di sini. Tiada lagi komunikasi sesama manusia. Manusia pula lebih senang dan mudah untuk menjadikan gadjet serba hebat ini sebagai panduan untuk mereka.

Adakah manusia tidak lagi mempercayai manusia? Semuanya perlu bergantung kepada gadjet dan mesin? 

Saya terfikir, di kemudian hari kelak ...skil komunikasi manusia akan jadi ke belakang ... masakan tidak, jika kurangnya interaksi sesama manusia. Menjawab pertanyaan telefon pun guna mesin. Beli air pun dah guna mesin. Kesannya nanti?



Kesan mungkin ini:
  • Kita dah makin tak kenal dengan orang sekeliling kita, terutama jiran. Kita tak perlukan jiran lagi untuk siram pokok bunga, untuk tengokkan rumah ... lebih suka bergantung dengan sistem alarm, dengan sistem sprinkler automatik.
  • Kita tak lagi berhenti di tepian jalan untuk bertanya tentang destinasi. Kita lebih suka sesat akibat mesin dan gajet dari sesat kerana bertanya pada orang. Sesat ke kalau bertanya ehh?
  • Kita mungkin tak sedar yang pakcik kita dulunya penjual cendol, sebab kita sekrang beli cendol secara vending machine .. malah kita tak tahu pun resepi nak membuat cendol atau ais batu campur.
  • Kita lebih mengenali Garmen Asus, Motorola atau pun Samsung dari Pak Ali, Pak Kassim dan Mak Cik Suri.
  • Kita lebih suka ketawa dan tersenyum di depan PC dari tersenyum dan bergelak tawa dengan rakan-rakan, dengan jiran atau orang ramai di kedai kopi.

Ini hanya sedikit dari kemungkinan kesan yang bakal kita hadapi kelak ... atau setidak-tidaknya akan dihadapi oleh generasi akan datang. Pada waktu itu, orang lebih suka menyendiri ... bila menyendiri, tiada lagi kehidupan bermasyarakat. Malah, lihat saja sekarang ... anak2 kita lebih suka melayan PSP dan Gameboy di tangan dari bermain bersama kawan-kawan lain di taman permainan!

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ermmm teringin sangat nak update blog guna samsung galaxy tab,. doa2 kan semoga saye dapat galaxy tab itu,. keh keh keh,.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement