Walaupun saya berblogging bukan dari sebuah laptop, tapi jangan fikir saya tak pernah guna laptop. :P. Sebagai seorang blogger yang kerap dengan blog, perlu tahu banyak cara untuk berblog. Dan peralatan atau gajet untuk berblog itu perlu dijaga dengan baik dan rapi supaya hati sentiasa senang dan tenang.

Ok, sebagai seorang yang memang belajar mengenai komputer, serba sedikit saya tahulah mengenai penjagaan komputer, dan juga laptop. Mungkin ada yang lagi pakar dari saya, tetapi mungkin juga ada yang tak berapa nak tahu. Penting sebenarnya, untuk menjaga laptop dengan baik. Kalau tak jaga, mungkin usia laptop bersama kita tak akan kekal lama.

ohblogger tips jaga laptop

Jom tengok apa yang perlu anda lakukan sebagai langkah untuk menjaga laptop anda.

Tips Penjagaan Laptop Kesayangan Anda

Bateri

  • Elakkan daripada penggunaan bateri.
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

Keyboard

  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Skrin LCD

  • Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes berapa lama yang anda mahu.
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead Pixel.

Haba Panas

  • Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

Port

  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Kredit: Forum Ehoza

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih utk tips ni..lps ni sy kne jge lappy sy baik2...tq3..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah ada sedar. Bila dah jadi susah nanti, kita gak merana kan kan?

      Padam
  2. tips yang berguna utk lappy user yang pemalas mcm saya ni..

    BalasPadam
  3. lappy kene jaga betul2..klu rosak, nangis la. huhu

    BalasPadam
  4. jarang dah guna lapptop...dok tersimpan dalam beg jerk

    BalasPadam
  5. terima kasih. tadi baru niat nak bersihkan lappy..

    Entri Baru Update: BFF Ke 200

    BalasPadam
  6. aaa.. baru tadi mama hantar lappy untuk servis... kena jaga betul-betul ni, pakai pc sakit pinggang kadang tu..

    BalasPadam
  7. sangat membantu!
    tima kasih abe HH ! :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement