Salam.
Dalam perkara kecil sekalipun, kita akan diuji. Jangan fikir ujian dan dugaan itu semuanya besar-besar belaka. Saya pernah baca, sesuatu dugaan yang diberikan Tuhan itu merupakan rahmat, dan apabila kita diuji, ini bermakna Tuhan berkeyakinan kita mampu buat dan selesaikan dengan baik. Cuma yang jadi kantoi dugaan tu adalah kerana sikap diri sendiri. Bila ada dugaan dan ujian, kita dah mengalah sebelum berbuat apa-apa .... saya selalu je jadi begini .... mungkin diri saya belum cukup kuat.
Meh saya nak kongsikan cerita Pak Imam ini yang sebelum ini saya janjikan di entri ini: Paksaan Dalam Kehidupan.
Cerita ini mungkin anda pernah baca di mana-mana, tetapi saya suka je berkongsi untuk mereka yang belum lagi mendengar ataupun membaca cerita ini. Ia bagus sebagai ingatan untuk kita bahawa ujian itu datangnya dalam pelbagai cara, dan iman sebagai seorang Muslim bukan hanya datang dari dugaan besar tetapi sekecil2nya. Dan jangan ingat, kalau dah ada ilmu banyak .... tak ditimpa dugaan ... kadangkala dugaan simple pun boleh melemahkan iman buat mereka yang hebat dengan ilmunya.
Kisah Pak Imam dan Iman Bernilai 20 Sen
Pada suatu hari, seorang Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab;
"Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan..Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Subhanallah.. Dugaan yang datang tanpa disangka-sangka.
ReplyDeleteterima kasih, saya baru membaca cerita ini...banyak memberi pengajaran. kita harus bersikap jujur dalam segala perbuatan kita kerana ALLAH itu mengetahui segala2nya samada kita ikhlas ataupun tidak.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.