As-Salam.
Pernah tak anda menjalinkan persahabatan, tetapi kemudian ia putus? Saya tak bercakap soal cinta, tetapi soal persahabatan yang biasa-biasa tu, macam kita .... macam anda, macam saya, persahabatan di alam maya. Sapa kata ini bukan bentuk persahabatan? Ini juga bersifat persahabatan, walaupun kita tak bertemu muka, saling bertukar suara, tetapi kita tetap berkongsi cerita, info, kisah sedih, suka dan lara. Ini adalah konsep persahabatan. Bila ada wat salah, kita tegur .. bila benar, kita mengiyakan, bila tak betul, kita perbetulkan - bukankah ini ukhwah?

Buat Mereka Yang Bukan Blogger
Persepsi negatif terhadap blogger perlu dikikis, jangan cop blogger tidak ada etika, jangan cop blogger main sedap mulut ... kami blogger ada perasan ...erkk perasaan ... kami juga ada pendapat dan blog adalah tempat kami luahkan pendapat.

Buat Blogger
Perkukuhkan persahabatan yang sedia dan baru nak terjalin. Tak susah pun. Saya ada panduan, nak baca dan ikut .. terserah. Mari sama-sama kita renungkan.

4 Perkara Merosakkan Persahabatan/Ukhwah Sesama Blogger
  1. Tamak dan rakus terhadap dunia. Bila kita berblog memikirkan soal nak dapat duit .. dan nak kaya, susahlah. Entri pun dah boleh agak yang macam mana. Ikhlasnya mana? Rakus nak dapatkan follower - erkk adehhh kan saya dah terkena. Jangan buat begini, nak dikejar apa sangat pun .. benda yang dikejar tu pun akan berhenti. Jadi, tak perlu gopoh. Weeeee ....
  2. Maksiat dan meremehkan ketaatan. Jangan buka pintu kejahatan dan kemaksiatan. Kalau boleh, biar blog kita mencerminkan kebaikan yang ada dalam diri kita, walaupun secara realitinya tidak begitu. Sapa yang tak mahu lakukan kebaikan .. semua nak, semua nak masuk syurga! Bila ada yang taat, jangan remehkan ketaatan yang diberikan, hargai sebaik boleh.
  3. Adab dengan sahabat. Adakala kita lupa, dalam seronok2 menjalinkan persahabatan, kita terlepas cara, kita lupa bahawa ada batas yang perlu dijaga. Jangan gunakan perkataan yang kotor sesama sahabat, berlunak selalu kerana kata-kata yang baik itu datang dari hati yang bersih.
  4. Banyak sangat bercanda dan bergurau senda. Hmm ... kalau difikirkan, kadangkala dalam kita gelak tawa .. buat entri sendaloka, pada masa sama ada hati yang terluka, jadi awas... jangan sampai melukai orang lain dek kerana lawak yang dipersembahkan menerusi entri blog.

Harap entri ini dapat sedikit sebanyak menjaga diri kita terutama diri saya sebagai seorang yang bijak bercerita (konon) tetapi kurang sensitif. Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik jika tidak ditegur oleh mereka yang terbaik. :)

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam HH..
    Selamat Hari Raya & Salam Merdeka.

    Tahniah, blog HH pun saya lihat dah semakin maju ke depan..saya doakan HH semakin sukses ye.

    p/s : sy ingin mndapatkan consult dan nasihat ttg penukaran ke domain dot.com (bagaimana cara2nya), mudah2an sy lebih serius dlm dunia penulisan blog ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement