Salam.
Bertengkar? Hmm saya pernah bertengkar, tapi lamaaa dah ... saya dah insaf dah ... hehehe... bagi saya bertengkar ni satu perbuatan yang akan menghitamkan hati. Peribadi kita juga akan tercalar akibat satu pertengkaran.

Waktu hati kita tengah panas adalah waktu di mana kita menjadi vulnerable untuk syaitan dan iblis membisikkan perkara-perkara tak elok pada hati kita. Hati kita yang dikecamuk dek emosi melampau. Tatkala itu, kita sering melupakan yang betul .. dan kalau ada yang betul pun, kita mengungkapkan dengan cara yang salah sama sekali.
Di sini saya kongsikan sedikit petua - seandainya berlaku pertengkaran antara anda dan pihak lain, sila pastikan perkara ini ..

Enam Panduan Apabila Menghadapi Pertengkaran

Hindari Perlakuan Fizikal atau Kekerasan

Hindarilah pertengkaran yang sudah melibatkan tindakan fizikal (kekerasan). Apatah lagi jika pertengkaran antara suami isteri - uhh jangan sesekali lakukan kekerasan, kerana kekerasan itu menandakan anda lemah mengawal emosi anda dan bukannya anda kuat kerana menggunakan fizikal.

Luahkan Rasa Kekecewaan
Apabila bertengkar, luahkan perasaan anda secara terbuka. Sama ada anda sedih, kecewa, marah, putus asa dan merasa diabaikan, ungkaplah perasaan tersebut dengan kata-kata dan jangan dipendam. Jika dipendam, maka pihak satu lagi tidak tahu apakah permasalahan sebenar yang sedang ditengkarkan. Jangan biarkan ia menjadi nanah dalam sesebuah perhubungan.

Hindari Dari Mengeluarkan Kata-Kata Kesat Dan Mengaibkan
Jangan sesekali merendah-rendahkan pihak yang sedang bertengkar dengan menggunakan perkataan yang menjatuhkan maruah. Ia bukan sahaja akan menyemarakkan pertengkaran, malah akan menjadikan satu pertengkaran itu berakhir dengan satu yang tiada penyelesaian.

Jangan Kritik Peribadi Seseorang
Mahu kritik adalah tindakannya, bukan peribadi. Peribadi mungkin tidak secantik perilaku, tetapi kerana kelakuan berlakunya sesuatu masalah, dan bukannya kerana peribadinya. Jadi, berhati-hati jangan sampai menkritik keperibadian, kerana ini juga boleh mengaibkan. Buat teguran dan hujahlah kerana tindakan yang diambil.

Elakkan Dari Menyampuk
Dengar apa yang ingin diperkatakan, supaya anda tahu fakta dan keadaan sebenar mengapa pertengkaran itu berlaku pada mulanya. Jadi pendengar yang baik, dengari apa yang dihujahkan sebelum anda membuat kesimpulan dan meneruskan hujah anda dalam pertengkaran anda itu. Jika anda tidak mendengar, anda mungkin tersalah sangka dan tersilap faham.

Jangan Meleret
Jangan jadikan sebab atas penyebab yang lain. Contohnya, anda marah tiba-tiba bila si dia membuat air kopi sedangkan yang anda marahkan ialah sikapnya dalam perkara lain. Jangan menjadikan satu perkara kecil untuk menjadi penyebab pertengkaran anda yang sebenarnya tiada kaitan langsung. Cuba debatkan hal yang berkaitan sahaja.

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bagus tips ni tapi nak elak daripada meleret tu susah. maklum la bile bertengkar semua keluar

    ReplyDelete
  2. thanx, tp kn camne nk menghadapi org yg ske kutuk org dlm Fb?

    ReplyDelete
  3. selalu sgt luahkan kekecewaan :'(

    ReplyDelete
  4. terimakasih berkongsi artikel yang bernas.

    ReplyDelete
  5. haiyyooo... en HH, nk tanya, mcm mn nk buat link utk follower yg mcm en HH buat smlm dlm entri tu, coz gadget follower ni tidak kelihatan pulak! haishhhh...

    ReplyDelete
  6. dah lame gak tak bertengkar...dulu zaman kanak2 ribena selalu sgtla bertengkar ni...tapi bila makin berumur rasa rugi je bertengkar, lagipun malu nak gaduh2 cos bila gaduh kita akan sentiasa tak sedar diri smp mengeluarkan kata2 yg menyakiti hati...lebih suka mendiamkan diri...biar keadaan tenang kemdian bleh berbincang lelok

    ReplyDelete
  7. bagus tips ni...
    Mas kalau gaduh lebih suka diam, pastu bila dah cool baru bincang elok2!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement