Sukacita saya tegaskan, janganlah sesekali kita melakukan amalan khurafat yang bersangkutan dengan kejadian ini. Bukan tak berlaku, malah banyak berlaku pun samada di kalangan orang Islam, mahupun dalam agama-agama lain. Mungkin kerana kepercayaan kuno, ramai yang menganggap bahawa kejadian ini mampu memberikan sesuatu kepada manusia, walhal hakikatnya ia merupakan kejadian alam yang telah diaturkan oleh Tuhan.
Amalan Sunat Ketika Gerhana - Nabi Muhammad Pernah Menangis Ketika Mengerjakan Solat Sunat Gerhana
Dalam astronomi, ada dua jenis gerhana am yang sering berlaku, iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari.
Contoh Gerhana Matahari
Contoh Gerhana Bulan
[post_ads]Ok, bila sebut gerhana matahari, pastilah ia berlaku pada waktu siang .. dan bila sebut gerhana bulan, pastilah berlakunya pada waktu malam. Dalam kategori gerhana matahari atau gerhana bulan itu pula, ada subkategorinya yang lain. Itu sebab kadang kita dapat lihat beberapa kejadian gerhana dalam setahun - kerana bentuk dan keadaan gerhana itu berlaku.
Saya tak mahu cerita panjang pasal gerhana dari sudut sains; tetapi amalan-amalan yang sunat dibuat dan boleh dilakukan oleh orang Islam ketika melihat kejadian kebesaran Allah S.W.T ini.
Buat Amalan Sunat Ketika Gerhana
Berikut adalah antara amalan dalam agama Islam yang boleh kita sama-sama praktikkan.Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.
Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.
Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”
Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”
Dipetik dari EKhutbah
[post_ads_2]
Di zaman Rasulullah, pernah berlaku gerhana. Apabila berlakunya gerhana, semua orang akan berhenti dari mengerjakan apa yang dikerjakan lalu mengerjakan solat sunat gerhana. Diceritakan bahawa pernah satu ketika, apabila berlaku gerhana, Rasulullah S.A.W lalu mengerjakan solat sunat gerhana 2 rakaat yang amat panjang sehinggakan ada yang menjadi makmum pengsan kerana ia terlalu lama.
Nabi Muhammad S.A.W diriwayatkan menangis semasa mendirikan solat sunat gerhana dua rakaat tersebut sambil berdoa:
“Ya Allah, tidakkah Engkau menjanjikan kepadaku bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku ada bersama mereka dan tidak akan mengazab mereka selagi mereka beristighfar.”
Sumber: Amalan Rasulullah s.a.w. Ketika Gerhana Matahari | ArabMykrk.com
semoga kita diberi kekuatan untuk mengerjakan solat sunat gerhana ini
BalasPadamAlhamdulillah, ramai yang selesai melakukan amalan baik ketika gerhana.
PadamPeluang bukan selalu datang tetapi... ada pula halangannya
BalasPadamAllamdulilah.....kuasa Allah sempat melihat...
BalasPadamBanyak masjid buat solat gerhana hari ni.
BalasPadamSemoga kita umat Islam mengambil iktibar.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.