Salam.
Jarang sebenarnya saya nak godek2 blog-blog yang ada elemen politik ni, tapi ada masa kena tahu juga. Bukan apa, nanti orang bercerita, kita ternganga, kena ambik tahu gak sikit-sikit sebab kita berada di dalam negara yang mengalami isu dan masalah yang dikata. Kalau kat Amerika tu, mungkinla boleh dimaafkan lagi kalau tak tahu.
Jadi, saya tak mahulah bijak berbicara dalam blog sahaja, di luar pun nak juga sembang-sembang dengan rakan yang pelbagai budaya, fahaman, latar dan taraf sosial. Kena tahu apa yang berlaku, kalau tidak nanti jadi macam sorang tu, rumah jiran terbakar, hanya sedar setelah dia terbakar ... bermakna selagi tak kena batang hidung sendiri, selagi itu malas nak ambik tahu.
Bukan nak jadi kepochi dan penjaga tepi seluar dalam orang lain, tapi ... kena gak peka. Bahaya bila senang sangat kita berkata .. "ah lantaklah..."
Tadi pergi pasar malam, mak aih .. nak beli ikan ... takut saya dibuatnya, harga ikan naik berkali ganda, sebelum ni saya bangga gila siap kembang idung suruh orang pindah sini nak makan ikan dengan harga murah .. tengok2 dah kena tempias di muka. Aha .. ini yang dikatakan bila dah kena tang diri sendiri ... barulah nak pekik .. hoi hoi kenapa jual mahal sangat. Hmm merujuk kepada: BACA SINI ...
Soalnya, harga ikan naik disebabkan cuaca buruk atau kerana nelayan pantai kini tak leh beli diesel subsidi? Nelayan pantai .. hmm berapa sangatlah yang mereka perolehi setiap hari. Saya tahu .. sebab sepupu2 saya kerja nelayan pantai .. nuh kat Bagan tu ... nak kerja kat tempat lain, dicemuh masyarakat sebab pernah keluar pusat serenti - satu lagi ketidak adilan yang berlaku yang saya dah lenguh nak cerita.
Orang yang dah berduit makin kepok2 duit mereka .... aduhai aduhai ....
Dan erkk akhirnya Savvy diberhentikan pengeluaran. Saya cari jawapan dari akhbar tempatan .. tapi tak adalah pula, yang saya jumpa yang ini: BACA SINI. Saya dapat tahu pun sebab ada kawan saya yang sedang beriya memBERSIHkan almari di rumah memberitahu. Ohh.. rupanya selama ini Savvy ini tidak berkualiti ... patutlah abang ipar saya tak suruh beli kereta proton Savvy ni walaupun pakai enjin hebat berkuasa. Yes ... kereta ini ada enjin power sebab itu ia jimat, enjin Renault tapi malang sekali hanya enjin saja tip top yang lain ada pelbagai masalah ... anda boleh baca keluhan pengguna Savvy ni... DI SINI.
Oh ya .. abang ipar saya tu bekas mekanik kanan kat sebuah syarikat yang kini hebat jual kereta2 mewah... skang dah buat kerja lain.
Jadi, inilah informasi pendek yang saya dapat malam ini yang saya kongsikan kepada anda semua sebagai pembaca blog ini.
ps nak beli camry awal bulan ni
ReplyDeleteade nk jual x ???? uhk uhk
ReplyDeleteYup,savvy mmg terbaik pada enjin die,tp tu la,totally savvy = disaster
ReplyDeleteProton klh teruk sbb kluarkan savvy utk lwn myvi mase tu,naseb baik dorg cpt kuarkan saga.klu x,bai bai proton
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.