Tadi anak saya main-main dengan pencuci tangan, habis satu badan bau harum. Saya marah anak saya tu sebab dia ajak si kecil gak main benda tu, abis rambut dia pakat letak benda ni. Saya cakap;

"Zikri, kenapa letak benda ni kat rambut .. kenapa letak kat kepala?" tanya saya.
"Mama bagi pakai la" jawab Zikri, sebab pencuci tangan ni wife saya dapat 3 botol percuma dari sebuah syarikat tu.
"Mana boleh letak kat kepala ... nanti terbakar baru tau!" kata saya menakutkan anak saya tu.
"Mana ada ... " cuba nak tegakkan benang yang basah la tu.

Saya nampak Zikri nak pergi ke dapur, saya syak dia nak basuh rambut dan kepala dia. Saya cepat-cepat halang .. saya kata kat dia;

"Adik .. mana boleh basuh, ni sabun .. nanti pedih mata kang ... " kata saya.
"Pergi kat tuala, lap dengan tuala, kasik hilang licin-licin tu .." tambah saya lagi ...

Saya ceritakan kisah ini pada wife saya lepas dia kembali dari kerja. Dan wife saya cakap, memang sebenarnya tak boleh letak kat bahagian lain selain tangan, dan saya pun bacalah kat label di botol pencuci tangan tu, ia tulis 'flammable' ... dan erkk mudah terbakar tu ... 

Dan di situ juga ada tulis, tak boleh letak di muka, hanya untuk cucian tangan sahaja. Uhh sib baik anak saya tak sapu kat muka sebab bau pencuci tangan tu sangatlah harum dan wangi, saya risau takut anak dara saya tu bantai sapu kat muka. Dia memang suka benda2 wangi ni.
Wife saya cakap, kalau lepas cuci tangan, tak keringkan tangan tu .. kalau pegang air panas ke, atau tengah masak2 akan terasa tangan tu cam bahang terbakar semacam je. So betullah ia flammable ....  dah terasa tu .. uhh tu lom betul2 kena api lagi! Mesti nanti melecur ..

Jadi, dalam kita nak bersihkan tangan kita dari kuman, nak bersihkan tangan kita dari kekotoran, dalam masa yang sama, terdedah kepada kemungkinan boleh melecur tangan, selain bahaya-bahaya lain. Saya dok suruh anak-anak saya cuci tangan dengan sabun pencuci tu ... bagi bersih, dan sebelum ni unaware akan bahaya lain yang mungkin ada.

Harapnya, lepas ni .. jika anda dah tahu, maka berhati-hatilah. Cara terbaik ialah, lap tangan anda betul2 kering dan jangan gunakan terlalu banyak sabun pencuci tu. Jika anak anda dah gunakan pencuci tangan, pastikan mereka lap, pastikan mereka gunakan hanya untuk tangan. Mana tahu kot2 nanti dia bantai basuh muka ke .. basuh badan ke ..  ish beringat sebelum kena.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. oh gitu pulak...dalam nak selamat dar kuman ada bahaya lain pulak..apa2 pun kena extra careful la ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement