Facebook Kaler Hijau Lah Best ..
Salam.
Ye ke? Benarkah bila dah berblogging ni, Facebook dilupakan atau paling tidak dah kurang penggunaannya? Hmm kalau ikut saya .. diri sendiri ni, memang saya dah jarang gunakan Facebook. Kalau guna pun hanyalah sekadar nak ping entri2 di blog ini. 

Saya dah jarang buat macam dulu, masa mula2 ada Facebook ni. Dulu, rajin update status tu, kira apa je yang saya dok terfikir atau dok buat, saya akan letak kat status tu. Dan selalunya akan ada la yang komen. Kalau status tu undang kontroversi ... maka akan berjela-jelalah komen yang akan ada.

Dan satu lagi, Facebook tempat saya upload gambar. Bila upload je, akan ada komen .. pastu dari satu komen ke satu komen dok berjawab. 

Kini, semua tu dah jarang .. lebih-lebih lagi sejak Facebook ni dah tukar wajah, layout baru. Dulu, cam lain skit, cam seronok skit. Sekarang dah lain ni, saya pun malas .. kadangkala status wife sendiri dok tulis pun tak keluar kat wall saya .. ishh dan gitulah sebaliknya. Pelik betullah.

So, dah kurang guna Facebook, lebih banyak abiskan masa dengan blog ni. Kadang-kadang usyar gak kawan-kawan lama ... apa cerita derang, mana tahu ada perkembangan yang best.

Pastu tertanya gak, adakah nanti FB akan menjadi seperti Friendster serta MySpace? Yang sekrang ni dah layu dan tak berapa popular?

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. aku rasa setiap social network pada satu hari nanti akan mengalami zaman kemerosotan. samalah dengan aku, sekarang ni facebook hanya utk ping entri dan dptkan maklumat event kawan2.

    BalasPadam
  2. yer sy pun dah slow dgn FB...

    BalasPadam
  3. tu ar..facebook semakin
    bosan..tapi fb ar..
    boleh contek ngan kawan2 lama.
    keep in touch.walaupun mkin bosana..tapi
    kita tahu gak perkembangan kwn kita..
    cewahhh

    BalasPadam
  4. saya setuju..memang rasanya ada satu masa fb akan jadi macam friendster/myspace.. mula2 jer orang suka..lama2 biasa jer.

    BalasPadam
  5. zaman kejatuhan pasti akan berlaku. masa saja yang belum kita tahu, hehe

    BalasPadam
  6. hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
    i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

    BalasPadam
  7. samalah..aku pun dah jarang HH..tengok dalam email je kot hehe!

    BalasPadam
  8. btl tu,,,dulu rajin update status kat fb,,sekarang nk bukak pn malaz,,,,huhuhu

    BalasPadam
  9. memang betul... saya sekarang pun dah jarang nak updated FB...

    BalasPadam
  10. rasanya kebanyakan org yg ada akaun fb hanya setakat ada je..byk yg tak update status pun..ada tu yang buat akaun,upload pic pastu diam sampai berbulan2..
    Mgkn satu hari fb pun akan jd mcm yg lain2..biasalah..ada masa diatas ada masa dibawah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement