Elak menyalahkan, tetapi belajar untuk memaafkan. Bila berlaku sesuatu, pasti kita akan mencari si kambing hitam untuk dipersalahkan. Memang sifat diri manusia yang tak mahu mengaku kesalahan. Tapi jangan kata tiada manusia bersifat rendah diri begini.... ada tapi sukar dan jarang nak diketemui, lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki seperti saya.

Ego lelaki, jangan cakap la, kalau boleh diukur dengan gunung, boleh kalah ketinggian gunung tu. Tapi tak semua lelaki akan menggalas dan hidung tinggi dengan ego mereka. Ramai juga yang bersifat rendah diri dan tahu mana bumi dipijak. Mereka ini sangat kecil jumlahnya, dan jika anda seorang perempuan, tentu sangat beruntung anda mendapatkannya sebagai teman hidup sepanjang masa.

Elak Menyalahkan Tetapi Belajar Memaafkan ...


Kita mesti belajar untuk memaafkan kesalahan orang. Biasa dah dengar pepatah lama, 'Sedangkan Nabi ampunkan umat', maka gitulah kita sebagai umat, bukan nak dibuat perbandungan, tetapi bukankah sunnah jika ikuti saranan dan ikutan, takkan bab kawin dan poligami je jadi master dan hafal, benda lain juga perlu tahu dan ambil hal.

Sebenarnya, apabila kita bersedia memaafkan orang lain, kita sebenarnya belajar untuk mengingati diri kita sebenarnya, bagaimana kita umat yang ada khilaf dan salah, ada sasul dan sedak semasa mengharungi jalan kehidupan. Jika tidak, masakan Al-Quran dan Sunnah perlu dijadikan panduan.

Jari dicipta bukan untuk menuding salah pada orang. Banyak lagi fungsi jari yang lebih mulia dan lebih berkat. Ia bukan senjata halus untuk mengatakan dia bersalah, sedangkan saham-saham kesalahannya itu, anda juga yang laburkan. Jadi, mari sama saya dan anda belajar untuk memaafkan orang lain. Meskipun kadangkala pahit dan ada kesal, tetapi percayalah, Tuhan lebih tahu apa erti kemaafan, sebab Allah Lagi Maha Pengampun, Lagi Maha Penyanyang.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement