Miskin. Jarang orang memperkatakannya. Yang lebih banyak orang dok cakap adalah mengenai kekayaan. Tengok saja dalam dunia maya ni, dunia internet, klik-klik je pasti ada yang berkaitan dengan kekayaan. Mana perginya keinsafan mengenai kemiskinan? Takut sampaikan nak berbicara mengenainya pun tak terkeluar dari fikir?


Bila buka blog mana-mana, pasti akan bercerita tentang nak dapat duit dari blog, pastu pasti ada iklan dari platform pengiklanan yang macam-macam dalam blog. Amat jarang nampak blog yang tak ada satu pun iklan. Jarang ... sangat jarang.

Jangan Terlalu Takut Dengan Kemiskinan

Bila berkata wow .. Nuffnang bagi cek RM50 .... hampir semua orang nak tengok. Uhh pusu-pusu masuk blog yang sediakan entri mengenainya, semua nak tahu bagaimana. Tu belum lagi tayang cek yang ribu-ribu macam kat sini: Pendapatan Nuffnang RM7960.86. Aha ...masing2 terus letak komen tanya bagaimana nak dapat macam tu.


Tak dapat tidak, dalam kehidupan seharian pun begitu juga. Bila duit hilang RM50 ... habis diselongkar satu rumah. Ya, bukan nak mengata anda yang membaca, tapi saya ... memang begitu, tu baru RM50 ...belum lagi RM100, ribu-ribu lagilah ...siap nak buat laporan polis lagi. Ini semua kerana kita terutama saya, dok melihat kekayaan itu perkara mesti .... takut dengan kemiskinan.


Tak cukup kuat untuk menghadapi saat-saat di mana terpaksa makan bersulam air kosong tanpa lauk. Takut nanti kuar kat TV ..... jadi 'mangsa' BERSAMAMU TV3.

Kisah Jiran Saya di Kampung

Teringat kisah jiran saya, ibunya tak cukup pendidikan, darjah enam pun tak lepas. Ayahnya pula dah la punyai masalah pendengaran, kerja pula dah tak ada. Cuma dapat menyara kerana ada insan berikan peluang buat sedikit kerja kampung yang upahnya cukup makan kais pagi makan petang.

Sebelum ini, ada pihak panggil pihak TV3 datang untuk rancangan BERSAMAMU, katanya keluarga ini memang layak. Tapi .... si anak tidak mahu, katanya ...biarlah miskin begini, biar mencari rezeki sendiri, tak perlu nak minta simpati. Biar kami usaha sendiri selagi ada tulang empat kerat.


Keluarga ini tidak pernah dengar merungut, makan hanya nasi bergaram - saya tahulah sebab mereka jiran saya sejak saya kecik lagi. Mana yang ada mereka terima, bukan meminta tetapi mereka ini tidak mahu jadi pengemis yang sering asyik meminta.

Ada kala walaupun mereka ini hidup serba kekurangan, mereka tak lokek memberikan sesuatu, ya ... saya pernah terima air kelapa muda, saya pernah terima putu mayam .. di sebalik mereka hidup kesempitan, mereka tak lokek .. mereka tak takut akan kemiskinan!

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. keinsafan menyelubungi diri..:)..

    ReplyDelete
  2. kekayaan yang selalu dikejar adalah sesuatu yang sementara sahaja.yang kekal hanyalah iman dan takwa kepada Allah s.w.t. Insya Allah...

    ReplyDelete
  3. ya allah.. terasa begitu kerdil diri ini..
    sekali lagi thx for sharing utk kesedaran umum.. :)
    suka blog ni.. amat2 memberi teladan..

    ReplyDelete
  4. biase mmg org2 yg sederhna hidpnya atau yg serba kekurgn nie yg xlokek..mreka taw hidip utk berkgsi dn memberi..

    ReplyDelete
  5. kadangkala kita lupa ada lagi yang lebih susah dari kita walaupun kita rasa yg kita susah

    ReplyDelete
  6. Hidup susah banyak mengajar saya erti kesabaran dan kekuatan. Yang penting kita harus belajar bagaimana menyesuaikan diri dalam keadaan tersebut. Teringat masa belajar dulu, ada ketikanya malam-malam memang makan nasi lemak yang berharga RM1 sahaja kerana duit yang ada lebih diperlukan untuk membayar yuran dan sebagainya. Bila telah berjaya, kejayaan itu sangat manis kerana terlalu banyak pengorbanan yang perlu dibuat untuk memilikinya.

    ReplyDelete
  7. Sudah ada sedikit soul dalam penulisan, cuma sedikit sinis. Kasi lembut lagi. Hi hi ...
    Keep it up !

    ReplyDelete
  8. Ini namanya...biar miskin tapi bahagia...

    ReplyDelete
  9. biar hidup sederhana, walau kaya tetapi cara hidup boleh bersederhana, dan juga kalau miskin tidak bererti selama-lamanya miskin, ada jalan pasti Allah tolong dengan syarat kita berusaha. tapi usah tanya bila Allah nak bagi setelah berusaha kerana kita tidak layak nak mempersoal..

    ReplyDelete
  10. yang paling takut nanti miskin di akhirat.

    ReplyDelete
  11. Miskin Dan Kaya

    Ada yang miskin harta tapi kaya bahagia
    Ada yang kaya harta tapi miskin bahagia
    Ada yang miskin harta miskin bahagia
    Ada yang kaya harta kaya bahagia.
    yang penting kita bahagia didunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Ohhh terima kasih Karlisha .. satu peringatan juga buat saya ni

      Delete
  12. orang yang dikurangkan rezeki dimata manusia tidak bererti miskin di mata Allah.semoga hidup kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah.SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Maka pilih mana satu .. MAHU di mata Manusia .. atau sebaliknya .. Terima kasih atas ingatan ini.

      Delete
  13. miskin atau kaya tak penting, paling penting sehat, bahagia dan masuk syurga. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement