Saya Dengan Bekas-bekas Bos |
Salam.
Adehh ... pendek je, saya nak kongsikan satu sajak ni .. memang best, kat mana saya rembat sajak ni? Hmm ada la .. tak leh bagitahu, tapi bukan saya yang buat yer .. nanti korang suruh saya buat sajak pulak nanti .. nak cari sajak best2 .. leh cari kat blog sajak .. ada je .. saya pernah bagitahu ...
Alahai Aku - Dilemma Seorang Kuli
Bila aku tak buat kerja,
Aku dikatakan pemalas... ..
Bila bos tak buat kerja,
Dia sibuk.
Bila aku pakai telefon,
Aku dikatakan salah guna kemudahan pejabat.
Bila bos pakai telefon,
Dia menguruskan hal pejabat.
Bila aku baca suratkhabar,
Aku dikatakan buang masa.
Bila bos baca suratkhabar,
Dia mengikuti perkembangan semasa.
Bila aku lihat internet,
Aku dikatakan lihat group reformasi.
Bila bos lihat internet,
Dia dapatkan informasi.
Bila aku menjawab,
Aku dikatakan besar kepala.
Bila bos menjawab,
Dia berwibawa.
Bila aku buat sesuatu tanpa disuruh,
Aku dikatakan nak tunjuk terror.
Bila bos buat benda yang serupa,
Dia memang terror.
Aku dikatakan nak makan angin dan perabis budget.
Bila bos keluar out-station,
Dia melawat projek.
Bila aku minta naik gred,
Aku dikatakan tak layak dan kemaruk.
Bila bos naik gred,
Dia memang sajak dan patut.
Bila aku berhenti kerja,
Aku mencari susah.
Bila bos berhenti,
Yahoooo group... Aku lagi ler suka!!
hahaha.. best sajak nyer ha.. :)
ReplyDeleteLUKIMIA ATAU BARAH OTAK?
hahahahaha...best!
ReplyDeletehahhahahahahahahh..
ReplyDeletehahahaha..sajak yg sajak..
ReplyDeleteapa nak buat dah memang nasib kuli..jadi org bawahan memang cam tu lah..nak keja lama pandai2 lah bawa diri.
ReplyDeleteNak kata apa,bos tetap bos..
itulah bezanya antara kuli dan bos...semuanya tak kena...
ReplyDeleteSebelum jadi kuli orang ,jadilah kuli Allah.Supaya koje kite jadi Ibadah dak jitu kenkawan..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.