Salam.
Hari ni pasti ramai yang ceria. Yelah ... yang gomen seronok sebab dah dapat gaji, dah le esok lusa cuti .. leh la shopping2 pertengahan tahun, ye tak?

Hal biasa la ni ... tiap bulan di pertengah tahun .... agenda inilah yang paling seronok ... saya tengok banyak pasaraya dok buat jualan ni ... dan bukan tu je, banyak brand yang sekarang ni try pancing pelanggan dan pembeli dengan pelbagai tawaran menarik. Ada contest, ada hadiah percuma ..macam2 lah ... normal ler tu ..

Hmm oklah, meh kita lepak2 sambil layan cerita ni .... hehhee ... erkkk shopping2 tu jangan lupa la pulak untuk menyimpan yer .. :)

Kisah Si Kaya Bernama Pak Di



Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak DI dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menyimpan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?
Pak Di : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.
Pak Di : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.
Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.
Pak DI : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.
Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..
Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata..

Pak Di : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..
Pak Di pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Di.

Manager : Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..
Manager : Tak guna punya orang tua..

Adehh .... ish macam2 ..... erkk ada ke yang suka buat macam ni yer?

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement