Ini Bukan Johan. Foto: Lensahasrul



Salam.

Baru bangun tidor ni, celik2 terus cari air soya yang tadi beli kat pasar malam Bandar Baharu. Pastu ... hmmm ... buka PC ... cett tak ada kerja lain ke .. hahaha .. bukan apa, ada satu panggilan yang minta saya jenguk blog saya .. saya teringat tadi saya ada join satu segmen, dan saya perlu update ... KLIK SINI.

Sekarang ... saya nak segar2kan mata .. sambil nak buat senaman gusi di tengah malam hari ... jom jom .. kita sama-sama baca dan mungkin ... boleh ambil sedikit iktibar dari kisah yang bakal diceritakan ini:

Kisah Telinga Johan

Johan dilahirkan tanpa telinga, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga.

Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Tetapi diakhir temuduga Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga," jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Tetapi diakhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Eeemmm... .tuan tak ada telinga," sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.

Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa;
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. 

"Bagaimana awak tau?" tanya Johan lagi. Pemuda itu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga".

Hmm .. dah baca? Agak2 apa yang cuba disampaikan ehhh? Haaa.... 2 lelaki yang berkata jujur, dihalau dan direject .... tetapi yang ketiga ... cara dia lain sikit, cuba 'menutup' kekurangan orang lain (pada mulanya), tetapi menyatakan dengan cara yang lain ... :)
Apa kata anda?

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tegur secara beralas dan menggunakan kata-kata yang lembut tapi bawak maksud yang sama.. er..pendapat sy saje..

    p/s : sy xperasan abg HH ada tulis pasl blog sampah tu, sebb sy baca aritu kat blog perempuan.. :)

    BalasPadam
  2. nak tegur, biar kena cara. kalau jujur sgt nanti orang cepat terasa hati plak.. hehee.. tu kot yg cuba di sampaikan.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement