Salam.
Ini merupakan entri terakhir bagi Siri Kisah Kerajaan Agung Dunia. Saya dah paparkan sebelum ini mengenai 6 Kerajaan Agung Dunia - dan kebanyakkannya merupakan kerajaan benua Eropah, dan juga dari Benua Timur Asia.

Kali ini saya perkenalkan kepada anda 2 buah kerajaan agung yang hebat dan yang telah melenyapkan kerajaan-kerajaan agun terdahulu. Kerajaan yang saya maksudkan ialah kerajaan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w; dan selepas pemergian khalifah yang empat.

Khalifah Usthmaniah (Ottoman)

Kerajaan ini menurut beberapa fakta sejarah bermula dari 27 Julai 1299 sehingga 29 Oktober 1923. Ia juga lebih dikenali sebagai kerajaan lama Turki kerana berpusat dari sana.

Pada puncak kekuasaannya sekitar abad ke-16-17, Kekuasaan Uthmaniah melingkungi di tiga benua, menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat dan Afrika Utara
Mempunyai 29 propinsi dan negara naungan yang sangat banyak, sementara yang lain diberikan berbagai jenis otonomi selama berabad-abad.


Kerajaan ini berada di pusat interaksi antara dunia Timur dan Barat selama enam abad. Dengan Constantinopel sebagai ibu kota kerajaan, dengan kawasan penguasaan yang luas di sekitar Mediteranian timur pada masa pemerintahan Suleiman the Magnificent (memerintah 1520-1566), Khalifah Usthmaniah, adalah penerus kepada Kerajaan Islam Rom Timur (Byzantium).

Sumber: Wikipedia


Khalifah Umaiyah

Khalifah Umaiyah adalah yang kedua dari empat khalifah Islam yang didirikan setelah kematian Nabi Muhammad. Khalifah ini diperintah oleh dinasti Umaiyah, yang namanya berasal dari Umaiyah bin Abd Syams, datuk kepada khalifah pertama Umaiyah.

Walaupun keluarga Umaiyah awalnya berasal dari kota Mekah, Damaskus (Damsyiq) adalah ibukota khalifah Umaiyah. Wilayah kekuasaannya mencakupi lebih dari lima juta mil persegi, menjadikannya kerajaan terbesar dunia, dan kerajaan kelima terbesar yang pernah ada di dunia.

Bani Umaiyah mendirikan negara Arab-Muslim terbesar dalam sejarah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W hingga tahun 1924, khalifah Islam berlangsung dan dikuasai oleh berbagai dinasti - yang terakhir adalah Khalifah Usthmaniah.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement