Salam.
Sekali lagi ditemukan dalam entri khas saya mengenai Siri Kisah Kerajaan Agung Dunia. Saya telah terbitkan dalam blog ini mengenai kerajaan-kerajaan hebat lain yang telah memberi impak samada secara langsung dan tidak langsung terhadap budaya masyarakat dunia.

Kali ini saya bawakan lagi dua buah kerajaan yang memang hebat walaupun ada yang mengatakan kerajaan-kerajaan ini adalah kerajaan kuno. Apapun, mari kita tahu serba sedikit mengenai sejarah .. kan kita tahu .. sejarah mencorakkan apa yang ada sekarang ini.

Kerajaan Parsi (Persia)
HMm kehebatan kerajaan ini sampaikan ada wayang dibuat mengenainya .. tahu Prince of Persia - satu kisah lagenda yang difilemkan. Ya  ...kerajaan Parsi memang sebuah kerajaan yang hebat. Mengapa?

Jajahan Persia
Kerajaan Babilonia, Akkadians, Assyria, Sumeria, Hitites, Bactrians, Scythians, Partia, Media, Elam, Mesir dan Etiopia. Sebelum wujudnya kerajaan Rom, ada kerajaan Parsi. Kerajaan ini pada awalnya bersifat nomad, namun telah diberitakan mereka mengembang dari satu wilayah yang dinamakan Parsua. Bermulanya era kerajaan ini adalah dari pinggiran Sungai Tigris dan selatan Teluk Parsi.

Kerajaan ini pada dasarnya menyatukan seluruh Asia Tengah yang terdiri dari banyak berbezaan, budaya, kerajaan dan suku. Ini adalah kerajaan terbesar dalam sejarah kuno.

Pada puncak kekuasaannya, kerajaan ini mencakupi kira-kira 8 juta km persegi - cukup luas bukan?. kerajaan ini mencapai kejayaan pada masa pemerintahan Cyrus yang Agung, dengan kekuasaannya melingkungi tiga benua: Asia, Afrika dan Eropah.

Dan menurut beberapa fakta sejarah, pada kurun kelima .. hampir 45 peratus penduduk dunia merupakan sebahagian Kerajaan Parsi ini.

Kerajaan Byzantium (Bizaitun)

Kerajaan ini juga dinamakan kerajaan Rom Timur, adalah Kerajaan Rom semasa abad pertengahan, berpusat di ibukota Constantinopel, dan diperintah oleh raja yang mempunyai hubungan langsung dengan raja Romawi kuno. Ia dipanggil kerajaan Rom, dan juga Rumania.

Selama kewujudannya, lebih dari seribu tahun, Kerajaan ini mempunyai kekuatan ekonomi, budaya dan tentera yang paling kuat di Eropah, walaupun menghadapi kejatuhan dan kerugian teruk, khususnya semasa Rom dan Parsi berperang.

Kerajaan Rom hancur pada tahun 1204 semasa Perang Salib Keempat, apabila dipecahkan dan dibahagi menjadi Yunani dan Latin Bizantium. Walaupun akhirnya berlaku pemulihan Constantinopel dan pembentukan kembali Kerajaan Rom pada tahun 1261, di bawah raja Palaiologan, perang saudara berterusan pada abad keempat belas telah melemahkan kekuatan kerajaan ini.

Sumber: Wikipedia

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam Perkenalan...
    marilah join kontest blog saya dan marilah beli brooch di blog saya :
    http://fasham87.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement